Maher Zain dan Opick Pilihan Aku

Assalamualaikum..

Tak sabar weyh nak join BBQ 3 hari bulan nanti.
Harap tak hujan ler.Kalau tak,kuyup kiteorang sorang-sorang.
Dahla tade tempat nak bakar ayam.Takkan nak bakar bawah
umah kot atau mungkin bakar kat dapur.Keh..Keh..Keh..

Silap hari bulan jiran sebelah telefon bomba kunun-kunun ada
kebakaran.Ghupenye kiteorang yang duk berBBQ.Actually aku
tertanya-tanya.Bukak dashboard tadi macam biasa la kan.Tengok
list blog yang kita follow sekali dengan entry baru.Mostly cakap
tentang lagu Maher Zain - InsyaAllah versi Melayu.Maher Zain,
sape tak suka lagu dia.Merdu suara dia.Aku jatuh hati dengan lagu
dia masa dengar lagu Hold My Hand.Banyak makna tersirat dalam
lagu tuh.Bercirikan kerohanian gitu.Takdelah aku asyik layan lagu
menjiwang rock dulu-dulu yang memang wat aku tumpah airmata
berbesen-besen.

Siapa sangka artis antarabangsa macam Maher Zain pun mampu
menyanyikan lagu Melayu dengan baik sekali.Aku dengar takde lagi
cacat cela,pelat welat atau sebagainya.Pokoknya betul-betul menggambar-
kan kebolehan dia untuk menyanyikan lagu tuh dalam pelbagai bahasa.
Terer kan?Betul-betul salute dengan dia.Dan dengan sebab entry korang
la,aku menjejak impian aku untuk download lagu tuh.Lagu tanpa video
dan aku jumpa.Kat bawah entry aku letak link kalu korang nak download.

Selain Maher Zain aku jugak terpikat dengan kemerduan suara Opick.
Yep.Penyanyi Indonesia yang memang sinonim la jugak dengan lagu
berunsurkan kerohanian.Aku pun baru selesai download album Istighfar
Opick.Member aku yang suruh aku download.Lagipun aku takde hal
bab-bab download nie.Dan of course aku puas hati.Album nie album
lama tapi lagu dia semua aku suka.Kadang-kadang kalau kita memahami
lirik lagu kerohanian nie,hati terasa lebih tenang.Lagi dasyat kalau
korang memahami sampai tak sedar airmata mengalir.Hah! Camner tuh?

JOIN CHURP CHURP DAN DAPATKAN LEBIH BAYARAN

TAWARAN GILER-GILER HARI INI RM30 UNTUK 1 SET LENGKAP HANYA DI INDOCHINE RESTAURANT

DOWNLOAD MAHER ZAIN - INSYAALLAH MALAY VERSION

DOWNLOAD OPICK - FULL ALBUM ISTIGHFAR

PESANAN : Aku tak update blog untuk esok hari.Ingat nak
buat tuto header,tapi nanti aku post.Esok aku ke Kuantan.
Pape hal,komen bawah ek.

8 0t0men FIRE!!:

Raji and Yeen said...

sedap suara dia ;D
aku suka Yusuf Islam xD

Rara Farah said...

@ Raji

sami yusuf pon ok kan..hehe

KizZ said...

Kiz minat sangat opick dan maher zain..opick sebab lagu dia yang simple tapi besh pastu maher zain plak sebab lagu dia yang moden tapi lirik dia nasyid..

Jom sini,
Tong-tong duit,pelik ke?PArt ii

Unknown said...

lagu opick semua best2x

yanamib said...

oh xpernah dgr lg psl opick..haha..kesian je...nice info ^_^

nor aishah said...

suke maher zain jugak!

Sila dtg ke blog kamoo di'tag' =)

Un Phat Lee said...

ziana zain.yeaarrh

miss lolly a.k.a luvfareda said...

love opick too :)