Kenangan Itu Terlalu Pahit Untuk Dikenang

ADA WAKTUNYA KITA LALUI SUASANA GEMBIRA
KITA RIANG KETAWA
DI HATI BERBUNGA PERASAAN SUKA

PABILA HADIRNYA WAKTU SURAM DURJA
KITA DIAM TERPANA MENARIK MUKA
DI HATI HANYA ADA PERASAAN DUKA
DAN KITA MULAI MENGIMBAS DETIK LAMA


Aku susuri laluan Bandar Kemaman.
Dan hati mulai sebak mengingatkan kenangan.
Mengapa dikala aku tersenyum,
memori tiba-tiba terimbas
saat aku dialam percintaan.
Andainya dia bukan begitu.
Andainya aku masih yang satu.
Ahhh..Aku bermimpi keberangkalian yang tak pasti.

Bertahun dinanti.Sememangnya ia penantian yang menyeksa diri.
Tapi degilnya aku cekalkan hati.Akhirnya aku sendiri sepi.
Dia pergi tanpa berpaling lagi.Baginya aku cuma hentian sekali.
Pengganti baru silih berganti tapi aku kekal begini.Kesempurnaan
mana yang dia cari.Kesilapan apa diriku dicaci.Tuhan,aku bahagia
cuma sebentar.Aku sendiri lalui detik sukar.Pergilah jika itu yang
kau tegar.Dan cinta itu aku biarkan ianya pudar.

Maaf sebab terlalu berjiwa.Tah dimana silapnya aku
terimbas detik luka.Ikrarku tidak menyebut namanya
kerana cinta aku dihina.Hati ini benar-benar kecewa.

Cinta itu memperjuangkan.Cinta itu mengorbankan.Cinta itu
pembelajaran.Cinta itu kesakitan dan keindahan.
Cinta itu permulaan kepada sebuah KEHIDUPAN.

3 0t0men FIRE!!:

Unamn said...

npe sedih je ni rara ? chill :)

Rara Farah said...

haha..tade ape la una..chill saje nie

Cik Su Life Cycle said...

Cik Su dah tag rara untuk contest sweet face and style gitu.. jemput join ek nanti