BIBIRMU PINKY MENAWAN KALBU


Of course semua orang mahukan kesempurnaan.Sempurna bukan
totally perfect la sebab kita tahu takde ape yang sempuna 100%
di dunia ini except HIM.Nak kesihatan baik,tubuh badan cantik,
muka berseri,bibir pinky-pinky kena la pandai jaga kan.Ok,few tips yang
FI aplikasikan dalam kehidupan seharian FI untuk bibir cantik berseri.
PINKYLICIOUS gitu...
MINUM AIR MASAK
Yang ni susah sikit.Habit yang sukar untuk FI kikis,FI suka minum air manis
berbanding air masak.Overdose gula tu yang badan tembun ni.At least kita
perlukan 8 gelas sehari air.Mana-mana pergi pun wajib ada air,kalau tak perit
tekak tahan dahaga.Fungsi air untuk keseimbangan tubuh badan kita,agar tak
terhidrasi if cuaca panas.Also,kelembapan bibir dikekalkan.Bibir pun of course
natural pinky.Sangat mudah kan?

BIBIR MENGGELUPAS?BIARKAN AJE
One thing yang korang kena ambil berat.If bibir korang start menggelupas,
JANGAN SESEKALI gatal tangan nak usik.Just let it be.Fakta yang korang kena
dan HARUS tahu,if korang usik jugak,ia takkan reda.Mungkin reda hanya untuk
sementara tapi hakikatnya ia boleh berulang.Lagi teruk bibir korang
berkemungkinan akan jadi hitam.Fakta tuh,bukan AUTA ye anak-anak.

BIBIR KERING,SAPU LIPBALM
Lipbalm,lip treatment,chapstik pape aje,sapu la kat bibir tu bila start
rasa kering.Terutama bila duduk dalam suasana ber aircond bagai.Bukan
setakat bibir je kering,kulit kering tekak pun kering.Kalau kulit of course
ada pelembabnya.Sama la jugak dengan bibir,tak rugi beli lipbalm untuk
penjagaan diri kita sendiri.Sapu kerap kali pun ok.REMEMBER! Kelembapan itu
penting untuk kekalkan kecantikan bibir yang semulajadi pink.

MADU ATAU MENTEGA PUN BOLEH
Another things yang boleh korang guna untuk kekalkan bibir semulajadi
cantik adalah madu dan mentega.Sapu je salah satu bahan tadi kat bibir dan
biar je ia kering sendiri.Toksah nak jilat bagai sangat la.Ingat lolipop ke
nak jilat-jilat.Asasnya sama je macam lipbalm tadi.Sebab tu kalau kita teliti
ada jugak lipbalm yang guna exract madu atau mentega.Sangat
melembabkan tau.Murah lagi cepat.

Ahaaa...tu aje FI mampu kongsi.Tips yang mudah,diaplikasi hari-hari.
FI of course titikberat kecantikan semulajadi sebab FI tak suka muka
bermekap.Pandai la jugak cara nak bermekap camner,cuma
tak suka muka 24 jam penuh dengan mekap even pakai compact powder
sekalipun.Bagi FI,biarlah orang tengok diri FI yang original tanpa mekap
sekalipun yang bermekap memang sangat VOGUE.
THATS THE REAL FI.Any questions or anything yang korang
nak tahu dari FI,boleh tanya direct kat
komen neh.Will reply it A.S.A.P .

5 0t0men FIRE!!:

m i a said...

ibu akak ajar, sapu halia kat bibir, nnti pink je semulajadi..ehhe

asfira aminuddin said...

babe! i mempunyai habit suka kupas kulit bibir. sbb tu bibir i salu kering. kena buang habit ni la kan. :(

Rara Farah said...

sis mia

betul ke ek??kena tambah lagi 1 tips nie..hehehe...

Rara Farah said...

asfira

jangan selalu sangat kupas,nanti lagi kering nanti..biarkan aje.if nak kupas sangat,guna towel lembap then skrub slow2.lepas tu pakai lipbalm ok bagi lembapkan balik bibir tu

Nurulbadiah Lai said...

sis suka letak madu tau syg