Kehidupan Ini Harapan


Hai guys.Lama FI tak update blog nie.Terbiar
tak berteman.Makin hari makin tak maju rasanya.
Slowly cuba nak bergiat aktif berbloging.Harap-harap
bukan hangat-hangat taik ciken lah.

Being away for a long time.Macam-macam benda interesting
berlaku.Yang tak interest pun ada jugak.Yang tu simpan dalam
kocek,biar FI sorang je tahu.Kehidupan di rumah,sebagai seorang
anak,seorang remaja ke wanita ek?Remaja lah kot sebab bajet muda
lagi nie.Everything was fine.Seminggu FI punya sister ikut sang suami
ke Kuantan,makan kat rumah FI ler yang uruskan.Bukan terer sangat
bab masak-memasak nie.Setakat main campak tu bolehlah.Alhamdulillah,
takde lagi yang menggelupur keracunan.Yang makan hingga kelicinan tu
ada lah kot.Tah la.Tak tahu nak cakap sedap ke tak.FI takut terrr over
garam je.Tapi melihatkan situasi makan tak pandang kiri kanan tu,
macam dah sedap rasanya.Boleh lah nak berlaki nanti.

Love life?Biasa je.Mungkin ada yang terkurang.Mungkin FI yang tak
tahu untuk memulakan.Terkadang rasa macam payah untuk jadi
diri sendiri.Rasa dibayangi kisah lalu,kisah dia,kisah FI.Letih rasanya
untuk mencuba memahami dia sepertimana dia memahami FI.Setiap kali
dia menegur,cepat benar hati ini terguris.Tak tahu lah silapnya dimana atau
FI yang sensitif benar menahan rasa.Sebolehnya cuba difahami diri,cuba
mengubah ketetapan hati untuk sering menangisi,tapi begitu..masih sama.
FI tak mampu menipu,apatah lagi sekalipun mencuba untuk membohongi,
lekas benar dia mengetahui.Mungkin dia hanya berkata JUJUR.Sememangnya
kejujuran itu memeritkan.
FI kecewa berkali-kali dan untuk kali ini,masih berdiri teguh.Berharap
cinta kali ini takkan berakhir dan ditangisi lagi.Benar,FI terlalu bergantung
harap padanya,terlalu sayang hingga takut dilukakan.Kata dia,sayang FI
barangkali melebihi sayang dia pada FI.Terdetik di hati dimana kurangnya FI.

:: Saya tak ingin meminta.Berilah apa sahaja,banyak mana,dengan
cara apa sekalipun,saya terima.Sesungguhnya kasih sayang itu tak mampu dinilai,dan kesempurnaan itu takkan dapat dicari.Ianya dirasai tulus dari hati ::FI

3 0t0men FIRE!!:

Hiro said...

amboi..ingat dah jadi bini orang..kakaka

Rara Farah said...

amboi....suke-suke hati je ek..huahuahua

AzwanRamli said...

OOO...Macam kenal jer tuan punye blog.haha.

Sedangkan,aku tak mau salah memilih jalan;

Meneguk racun,dengan cuba-cuba buat alasan,oleh cintaku sayang;

Gali jurang pemisah aku dilarang,

Amboi,cintanya serupa tamu datang bertandang;

dan untuknya,cintaku serupa jamuan agung.

- IBN HAZM EL ANDALUSY:BUKU DI BAWAH NAUNGAN CINTA.