Perlukah penilaian sebegini?


Hari Raya tahun lepas,beli belah di Astaka Tanjung.Agaknya
orang Terengganu semua kenal la tempat soping tu yedak?
Berkenan dengan 1 blaus putih cantik berlengan
panjang,beropol ciri-ciri blaus muslimah gittew.Rara suka baju
camtu.Siyes cantik.Sayangnya saiz takde.Jenis Rara nie suka
mintak saiz double.Biasa pakai saiz M.
Mintak extra large nanti badan naik still boleh pakai.Hehe*


Then datanglah pasangan couple nie.
Awek : Eh! Old fashion betul la baju nie(baju yg Rara berkenan tuh).
Dahla lengan panjang.Panas la nanti.Tak sesuai untuk saya.
(Bajet bagus minah nie)
Pakwe : *Muka blurr.Bajet poyo awek cantik....

Panas hati aku dengar.Muka je cantik tapi mulut longkang.
Old fashion ke kalau baju tuh lengan panjang?At least menutup
aurat doh.Dari dia duk pakai top yang tak berlengan
tuh.Dari dia duk menayang body kerengga dia tuh.Ingat baju
camni huduh sangat ke?Nak kata bijak tapi gaya macam harem jek.
Grrrr..Kureng-kureng pakwe ko pun ada jugak rasa malu
bila ko cakap camtu.
PERLU KE MENILAI SESUATU

1. Belaja kat UITM low class.Kalau lua negara tuh 1st class la..Terbaek punye!

2. Orang stakat keje mekanik,pomen kereta,construction-contruction
nie gaji ciput.Baik keje Petronas.Gaji Pergh!!!!!!!!!!!!Masyuk gittew...

3. Baik cari pakwe ensem,smart,poket penuh.Duwet berkepuk-kepuk.
Tak putih pun takpe.Asal berharta.

4. Orang kampung belaja stakat mana la sangat.Baik pilih orang
bandar.Pemes gop sikit.

5. Barang secondhand tak main der.Gua main barang
branded.Baru punyer.

6. Awek mesti cantik.Chinese look,mata kawaii bulat bapok besar,
putih melepak,badan lentik macam kerengga.
Baru bangga nak kata awek.

7. Tak main la henfon cikai.Kamera takde pe hal?Skali gua
beli Ipad ke,Iphone4 ke,Blackberry,Blueberry segala
berry baru mantap.Lu ade?

Watdehek!Kau tu perfect sangat ke der nak nilai orang.
Bajet bagus eh??Bajet kau sempurna,so pilih yang sempurna
jelah ek?Macam harem!!Derr..Tayah sombong sangat la.
Kesempurnaan tu bukan milik kau pun.Kau mengata
orang,tapi tengok diri sendiri dulu.Tegur tu tak salah tapi
bila teguran itu bertukar jadi 1 penghinaan,maruah orang jadi
taruhan der..Aku percaya hidup nie ada hukum karma.Atas dunia Allah
boleh balas,kat akhirat lagi lah...Renung-renungkanlah...

Saya Versi OldSkool Ok!


Assalamualaikum
adik-adik,kakak-kakak,abang-abang,
pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang
sudi singgah blog picisan nie.
Maaf sebab lama tak jenguk blog.Hehe*
Nak kata busy,tak sangat la.Tapi busy la jugak
duk kehulu kehilir membodyguard si kakak sorang
tuh.(Peh! Macam keling cakap..)

Skang ni orang selalu pakai tudung versi belit-belit tuh kan.
Ala-ala Hana Tajima.Siyes korang pun bertukar cantik macam
Hana Tajima jugak.(Usah dilayan si Pengkritik Tudung tuh).
Bukan sakit hati dengan makian dan cercaan dye tapi dye silap
ler.Dye mengata wanita yang bertudung tapi tengok fb dye,
dye sendiri pun pakai tudung What!!!!!..Entahla belalang.
Macam-macam jenis blogger jumpa.Suka hati laaaa...
MUKA 14 SEN.Hehe*

Ops!Tentang tajuk diatas.Bila Rara tengok ramai gilak
start pakai tudung belit-belit,terbit rasa jeles.Terasa
jugok ler nak pakai tapi muka nie bulat+bujur macam telur.
Bila pakai lagi bulat kelihatannya.Huhu*Kuciwa.
So,kekal dengan tudung bawal je.Tak cantik (Diri merendah).
Bila bukak fb member skolah dulu,sorang-sorang.Mak aih!
Macam model tudung.Trendy habis nak banding dengan diri
ai nie.Ai pun memendam rasa dalam hati sorang-sorang.

Tapi tak kisah la.Muka bulat+bujur pun kurniaan Ilahi.
Tak kisah orang kata saya oldskool.Memang oldskool pun.
Hello!Tudung bawal pun dulu glamer jugak la.Sebelum
tudung Indon mendominasi pasaran tudung-tudung skang.
Cantik tak cantik,Oldskool ke tak oldskool,asal tutup aurat
sudah.Itu keutamaan kita.Ngeeeeeee....

Untuk follower Rara Dear Yayah.
Sori lalink.Blog kamu Rara taley bukak sebab kuar
mendalah bawah nie.Cane nak follow kamu balik ek??

Blogger,Tolong Jangan Buat Ini...

GAMBAR BERI AKU KETENANGAN

Assalamualaikum.
Geram,Marah,Hentak-Hentak Kaki.
Mood nak berblogwalking punyalah
membara nie.Tapi geram buat
sesetengah blog yang gila lambat loading.

Terbantut mood tengah jalan.
Tak kisah la blog tu baru ke lama.Tolong
jangan beratkan blog anda dengan aplikasi-aplikasi
yang takde manfaat.Berat tau dop nop loading!
Bukan takde kesabaran.4,5 kali refresh,reload page
still kaku lambat loading,naik geram jugak hati nie.

Tahu la blog tuh blog kamu.Bukan blog saya.
Saya pun bukan nak buat-buat bajet-bajet pandai nasihat
orang.(*Macam haram ayat).Tapi consider la.
Blog berat,kesian la kat saya,kat para blogwalking
yang singgah kat blog kamu tapi tunggu punye tunggu
punye tunggu still taley bukak blog tuh.Tunggu loading pun
mak aih!Berpeluh nak keluar gambar.

Tahukah anda.
Blog ringan tapi simple dan tak serabut
lagi orang suka nak blogwalk.Jangan peningkan
diri anda sendiri dan orang lain dengan aplikasi
yang tak berapa nak penting.Ok!!



Isu Bertudung Lagi.

Assalamualaikum.

Rara update laju-laju sebab perasan
ada satu blog memperkatakan isu bertudung.
Dia bagus sebab menasihati tapi caranya
salah.Mungkin bagi kita yang bertudung ni akan terasa
sebab bahasa dan hinanya pandangan dia untuk
golongan bertudung.

Bagi Rara,Rara lebihkan mereka yang bertudung.
At least,mereka dah lakukan satu kewajipan berbanding
dia yang mencaci golongan bertudung.

Korang baca la kat SINI.
Seriusly,dia terlalu jauh tersasar.

Pergh!!Ayat siap-siap jumpa kat sana.
Kesian minah nie.Jauh benar dia terpesong.
Muka cantik tapi sayangnya keberanian dia melebih-lebih
sampai tak takut Tuhan,tak takut dosa.
MasyaAllah..Korang?Nilailah sendiri.


Jangan Bodoh Sombong



MUKA SAYA BOLEH JADI YANG SEBELAH
KANAN TU KALAU SAYA BETUL-BETUL HAPPY.
TAYANG GIGI ALA-ALA MODEL IKLAN UBAT GIGI.
MUKA SEBELAH KIRI UNTUK HARI SAYA
BUAT MUKE BAJET COMEL.KADANG-KADANG
MUKA CENGGITU MUKA MENYAMPAH KAT ORANG.

Assalamualaikum kepada readers RD.
Silent readers ataupun bising readers.
Tanpa anda,siapalah saya. =.=

Saya tak emo hari ini.
Saya cuba jadi kasual.Ayat pun nak buat
skema sikit.Harap-harap dapat 'A+' lah.
Kelmarin tak dapat online.Hari-hari online
sampai satu tahap dimana kami-kami yang
mengonline ini lupa diri dan tidak bayar BIL.
Oh!Saya rasa sangat bagus.Kuranglah aktiviti hari-
hari saya.Tapi saya rindu dengan Facebook.
Bukan 'addicted' tapi saya rindu nak baca status
meraban kawan facebook biarpun tak berapa kenal
diluar Facebook.Kawan saya jugak tu.Yedak?

Saya mungkin peramah,saya mungkin ceria.
Saya kadang-kadang letak status simple dan meraban pun
orang boleh like.Like pun tak kisah tapi saya sensitif kalau
orang bagi komen tak beradat.Sekalipun saya ini
kawan kamu,saya pun ada perasaan.Orang lain apatah lagi.
Menyampah dan sungguh 'annoying' perangai bodoh sombong
kamu itu.Mungkin ada harinya saya mampu diamkan diri.
Buat-buat buta hati.Ignore komen otak senget itu.Tapi
kalau diulang berkali-kali,boleh tahan ke?Perlu diakui,
sesekali ketegasan itu perlu dalam berbicara.

Saya sikit pun tak kisah kamu kata saya berubah 360
darjah ke barat,timur,barat daya ke.Saya cuma bertindak
untuk apa yang saya rasa betul dan saya rasa itu bukan 1
kesalahan yang besar.Kamu tahu?Adalah tidak merugikan
untuk bercakap,menaip,menulis secara beradat dan
bukan bertindak bodoh sombong dan hidung tinggi.
Awak kata saya bajet bagus?Maaflah.Saya masih mentah.
Saya tahu saya juga punya kelemahan tapi perlu juga diingatkan.
Saya menegur bukan kerana perasan bajet bagus tapi saya
rasa adalah tanggungjawab saya menegur jika ianya salah.


KADANG-KADANG SAYA MENGHARAPKAN
HIDUP INI ADA BUTANG 'PLAY','PAUSE','STOP',
'REWIND',TAPI SAYA TAHU,HIDUP INI BERTERUSAN
BERLALU DETIK DEMI DETIK.TERPULANG BAGAIMANA
CARANYA KITA MENGHARGAI HARI-HARI YANG
MENDATANG.(MUNGKIN BUTANG INI BOLEH DIGUNA
PAKAI DI WAKTU KAMU BERLAGAK BODOH SOMBONG,
BOLEH JUGAK SAYA TEKAN BUTANG 'STOP' TUH.

Lya Lola Suda Besar (Tajuk Skema!!)

SI ANAK DAN IBUNYEEEE....

Assalamualaikum.
Aish..Lama tak bercerita tentang anak buah
Rara sorang nie.Yang comel,yang kiut,
yang kawaii..Oh,semua dia lahhh...
Macam anak omputih je..

Si Lya sudah mencecah umur
5 bulan lebih tau..Nakal?Tayah cakap ler.
Makcik nie jugak yang babysit dye.
Baby girl tapi sekali jerit.Mak aih!
Perit telinga ai.Tapi best pasal Lya nie minat
bola.Memang mata takkan pandang lain
kalau abang Rara pasang channel bola tuh.
Tidur pun dah tanak baring biasa.Nak
baring mengiring,kalau takde orang kat
tepi dye,mahu tidur meniarap budak kecik nie.

NAK TIDO MACAM NIE SKANG
MACAM NIE PUN DYE TANAK DAH
MACAM NIE DALAM BUAI DYE NAK LAA..

ALAHAIII...MEMANG KAWAII LAH..
GILA LENSA BUDAK KECIK NIE.GAMBAR
DYE SORANG PUN DAH PENUH SATU FOLDER.

Hajatnya nak selit video si budak kecik nie.
Tapi tunggu uploading tak siap-siap..
Kensel teruslah.Hehe*Nanti jelah
Rara upload len kali hokey!

Ops!Time taceh kepada mereka yang wish HB
kat Rara.Semoga Allah memberkati kalian.
Hurm..Semalam ternanti-nanti mesej dari kawan-kawan
tapi agaknya mereka lupa kot.Takpe,no biggies.
At least ada jugak yang ingat.Tamau emo-emo
sebab semalam pun Rara dah nangis.Nie semua HP
Rara lah nie..Buat hal,tak boleh nak call orang langsung.
Berkali-kali cuba akhirnya,ok!Saya mengalah sebab
saya punya hati.Sampai hati HP awak buat saya gini.
Nanti saya kumpul duwet,saya beli Blackberry.Awak?
saya masuk dalam kotak.Huh!!





Mama,Papa..My Birthday Is Coming !!


YEAHH BEBEH!!

Assalamualaikum semua.
Hehe*Mood gedix.
Ekceli kan dari tadi menopang dagu
depan pc nie duk pikir nak taip gapo dio
kat blog nie.End up dengan menaip entry
yang terlabih awal.Hehe*Kira halal la yep.

Birthday Rara is coming.(Sumpah tak malu
ayat macam mintak hadiah jep).Happy?Sikit-sikit la
tak happy pun sikit-sikit jugak.Fifty-fifty ok.
Berangan nie dari semalam doa lah sangat dapat
present yang vogue gittew..Dah lama chek
mengharap tapi tak mengeluh kalau tak dapat pun.
SAYA TAK PERNAH MEMINTA WALAUPUN
BENDA TUH PALING SAYA NAK.. =.=
Spoil mood betul.Nasib memang agak malang
tahun nie.Sebabnya???

1. Lappy rosak.Bajet pandai sangat jaga.Lagi
menjahanamkan barang ada.Sunyi gila lappy
tak beroperasi.Tak lengkap hidupku ini.(BAGI GOP
LAPPY ACER ASPIRE ONE KALER PURPLE SER).

2.Encik Henfon pun macam kesumbatan jep.Ape doser
la.Lappy jem,henfon tersumbat.Warghh!!Tekanan
gilak.Sat lagi masuk spital Tanjung Rambu Tan.
Tengah syok bercakap,boleh je tefon tu off sendiri.
Takat sekali tak kira sangat ler.Nie 2,3,4 kali.Naik
bebulu hatiku ini.(BAGI GOP BLACKBERRY BOLD
ATAU PALING MUROH NORKIA C3 SER).

PERINGATAN : SESAPE CALL RARA PASNI,
MALAS DAH NAK JAWAP.JAWAP KANG
LAGI NYAKITKAN HATI ADE.CAMNIE,PAKAI
PUBLIC LAGI SENANG TAU.JIWA DAN BATIN AI
PUN TAK TERSEKSA.HUH!!!!

So,mama..papa...
Ai nnak present yang harga murah tapi
tetap nampak vogue.Tak bagi pun takpe
sebab perangai anak dara sorang nie kepala
batu.Hati keras.Degil.So,kalau tak dapat,memang
akan dapatkan jugak walaupun dengan usaha sendiri.
IMPOSSIBLE IS NOTHING LAHHHH!!!

2010 BLOGGER GILA BLOGWALKING

Assalamualaikum.
Hah!Update laju-laju time rajin camni ler.
Baca tajuk.OMG..Siapa orang tuh?
Nie tahun 2011 laa..=.=
Petang tadi bosan.Duk sibuk mengogel
url blog Rara nie.Nak check femes ke tak?
Alah!Blog cikai je(ayat mintak simpati..KehKehKeh)

Pastu gogel-gogel jumpa lah mendalah nie.
Tengok gambar bawah.Klik untuk tumbesaran sihat.
2551 BLOGGER GILA BLOGWALKING
Erk!Gila..sampai 2000+..Mahu berpinor
mata nie duk tilik satu-satu url para blogger
yang giler blogwalking nieyh.Eh..eh..jumpa nie..
Pastu jumpa nie..Hehe*
Rara pun ada la..OMG..Tak sangka
hokey boleh masuk list tuh.Rara hanya blogwalking
10 blog sehari.Wajib 10.Kalau tak?boleh pengsan!
KehKehKeh..Cantik siot nombor..876..
Kalau main tikam ade ong nieyh..Haha*
Lagi terjumpo blog femes lain.

No.991 http://www.intanurulfateha.com/
Haaa...Dah bagi link skali tuh.Boleh terjah ek.
Nak check korang termasuk list 2010
BLOGGER GILA BLOGWALKING boleh check
url korang kat blog NYETOK nie.Kredit untuk dye.

2011 tak pasti siapa tersenarai.Rara tak dah kot
sebab dah kureng blogwalk skang.Bizi laaa..
BIZI BODY!!

Mari Menggebu Muka dan Badan

Assalamualaikum semua.
Hari nie nak berblog tentang kecantikan.
Rara tak cantik tapi kecantikan semulajadi
opkos kena jaga.Baru penampilan nampak
elok dipandang kan??

DULU

SEKARANG
(TAK EDIT OK!!)


Muka

1.Masker Putih Telur

Loya jugak duk bergelumang dengan bau putih telur nie.
Pecahkan putih telur tadi,pastu asingkan putih dan
kuning tuh.Simpan ler egg yolk tuh sebab fakta
mungkin korang tatau yang kuning telur juga berpotensi untuk
memudarkan parut jerawat.Basahkan kapas muka dengan putih telur
then letakkan diseluruh muka.Biar sampai betul-betul kering baru
tanggalkan ok?Boleh jugak biarkan ia semalam kat muka tu,besok baru
buang.Lagi molek kalau guna telur ayam kampung.Teheeee*
Amalkan la seminggu sekali untuk hasil maksimum.

2.Limau Nipis

Muka Rara agak berminyak.So,bila dengar member guna
asahan kulit kayu manis begitu pedih dan menyeksakan,
inisiatif ini yang Rara ambik.(Hehe*Penakut betul*)
Limau nipis cut into half.Pastikan limau nipis nie banyak air,
agak lembut bahagian luarnya yakni bila kita perah
senang nak kua air.Pas potong setengah tu,sedia la untuk
menggosok muka korang.Gosok seluruh T-Zon.Jangan bagi kena mata.
Kan meraung tak berlagu korang.Pastu bilas ler bila betul-betul
yakin puas hati.Pedih?Aku buat setakat nie tak ghase
pedih lagi..(jangan buat selalu.Sekali seminggu je tau)

Muka Dan Badan

3.Limau Nipis+Hampas Teh(Pudarkan Parut Jerawat)

Aihh...Rara batuk 2,3 hari nie.Tapi macam biasa minuman teh Rara
tak pernah miss sebab Rara menyukainya(ayat skema).
Memandangkan kat umah nie stok tea bag menjadi pilihan mak Rara.
So,Rara gunakan kelebihan tuh untuk penjagaan muka dan badan.
Selalunya Rara mandi tak pernah lupa untuk gunakan loofah@
berus badan untuk mandi tuh.Diselang selikan dengan lulur
limau nipis dan hampas teh nie.Makin kureng ler duwet keluar untuk
beli lulur badan yang salon jual tuh.Korang amek hampas teh tadi then
perahkan sebijik limau nipis dalam hampas tadi.Kalau nampak
air perahan tadi sikit sangat,lulur macam kering-kering gitu
campur je setitik duwe air biar ngam-ngam soi sket.
Nak mandi@basuh muka boleh gosok kat muka atau pun
kat dark spot macam siku nie,lutut dan lain-lain.Rara selalu amalkan dan alhamdulillah,dark spot kat siku nie dah hilang.
UuuuuLalaaaaaaaaa..gebu gituwwwww.(Boleh selalu amalkan
untuk tubuh,tapi untuk muka once a week je sudah memadai).

Weh!Ada macik cakap muka Rara nie kes resdung
sedangkan Rara tak penah alami alahan,selsema teruk,
dan segala macam tanda resdung.Siyes!Jiwa kacau duk
pikir.Yang Rara ingat,YES!Muka Rara sensitif dan
senang naik jerawat.Tapi sekarang makin ok lor.
Macik tu yang silap ke Rara yang kureng ilmu nieyh??