Assalamualaikum.
SELASA 19 JULAI 2011
FI berada di office abah.Lebih kurang pukul 10 > abang sulung FI call.
Cakap umi jatuh bilik air.FI sedapkan hati,umi jatuh takkan ada
yang buruk berlaku.FI dijemput balik oleh abang no.2.Office ditutup serta
merta.Kerja dibiarkan tergendala.Sampai kat rumah,FI tengok umi.Kaki kiri tak
mampu digerakkan.10 minit berlalu,umi kian teruk.Pening,muntah 2,3 kali,
pertuturan menjadi semakin tidak jelas.FI sudah mengjangkakan.STROK telah menyerang.Ambulans dipanggil,yang datang van JPA.Umi dah tak sedarkan diri.
Hampir sejam lamanya menanti ambulans membawa padah.Di wad ICU 6,umi
disahkan STROK BERDARAH.Pendarahan dalam otak menyebabkan umi koma.FI
terkaku menahan pilu.

RABU 20 JULAI 2011
Abah kurang makan.Mungkin memikirkan umi.FI mendiamkan diri.Segala urusan
rumah,cuci pakaian,basuh pakai,dan makanan diurus bersama kakak.FI tak berpeluang
untuk menemani umi kerana menjaga ALYA yang tak mahu bersama dengan orang
lain.ALYA kadang-kadang merengek mencari neneknya.Lalu kain batik umi
dihampar alas untuk dia tidur.Andainya kamu memahami kesedihan kami wahai si
kecil.Umi dibedah segera dengan bantuan sahabat abah yang juga doktor penting di
HSNZ.2 jam kemudian pembedahan selesai dan umi ditempatkan di WAD 2D ACUTE
STROKE WARD TINGKAT 8CD.24 jam dinanti penuh harapan agar umi kembali sedar.Namun,Allah lebih berkuasa.Umi kekal begitu.Malam itu berlalu dengan
keadaan umi sebegitu ditemani abang FI.

KHAMIS 21 JULAI 2011
Doktor bingung keadaan umi yang masih koma serta tekanan darah yang masih tidak
stabil.Hari berlalu terasa lambat.Baru hari ini dapat melihat wajah umi,tubuh umi
yang berselirat dengan pelbagai saluran.Setitis dua airmata mengalir.Tabahkan hatiku
wahai Tuhan.Andainya diri ini mampu dijadikan galang ganti,FI sudi seikhlas hati.
Sedarlah umi.Kami berdoa umi kembali disisi.Janggal rasanya berada dirumah tanpa
mendengar suara umi.Suara wanita yang tegas.Setiap yang dilakukan mengingatkan
FI kepada umi.Sunyi benar hati ini.Si kecil Alya merintih lagi.Andainya FI tahu
takdir akan berubah pada hari itu,FI setia menemani umi sepertimana setia umi
menjaga FI.

JUMAAT 22 JULAI 2011
Seusai baju siap dijemur,sesudah Alya tidur keletihan dalam buaian.Makcik FI tiba.
Terus ke dapur bertemu kakak FI.Dalam kekeliruan 2 insan tadi menangis dihadapan FI.
FI tak memahami apatah lagi mengetahui yang umi telah pergi menghadap ILAHI.
Hati dicekalkan tapi airmata memahami yang ia perlu ditumpahkan.Laju ia menuruni
pipi.Tuhan,mengambil diambil saat diperlukan.FI sempat memandikan umi.Besarnya
kuasa ILAHI,umi pergi dalam keadaan yang berseri-seri.Umi,FI merinduimu.
Al-Fatihah buat Fatimah bt Che Embong umi FI tersayang.

TRIVIA
- Entry ini ditaip pada Jumaat 22 Julai tapi di draftkan kerana hati terlalu sedih.
- Umi beritahu abah yang arwah berhajat untuk meninggal pada hari Jumaat.