PENGHUJUNG UMUR TAK KENAL USIA


FI ke Kuantan bersama kakak serta anak buah yang tersayang.
Pelik dengan keletah Alya yang sukar untuk lelapkan mata.Padahal jika
diikutkan trip ke Kuantan yang lepas,si kecil ini tak betah berlama-lama
dalam suasana dingin aircond kereta.Pantang benar dengan
kedinginan udara nyaman itu.Lena tidak terusik sekalipun dengan bunyian
bising.Itu kesukaannya.

Cuaca mendung mengiringi trip kali ini.Kena benar dengan musim
peralihan angin monsun penghujung tahun.Tidak sah tanah
semenanjung kalau tidak dilanda bah.Para nelayan pun hanya mampu
tersadai muram tanpa kerja kebiasaan untuk dilaksanakan.Trip terasa lama,
sesak nafas berlama dalam kereta.Tiba di Kijal,dijengah sebentar GIANT
MALL.Hajat mencari susu Alya yang hampir habis.Si kecil ini jika tidak cukup
disuakan susu,diberi dodoian pun tidak menjadi.Dihitung dikira,sebotol pun
tak cukup baginya.Tengok saja bulat badannya,tampak kecil namun berat
tak terkira.Pendek kata,memang lenguh untuk dikelek bersama.
Perjalanan diteruskan seusai menjengah GIANT MALL.Alhamdulillah,
trip tiba ketika waktu hampir menginjak petang.Petang khamis dan untuk
hari seterunya dihabiskan dirumah.Cadangnya untuk pulang ke kediaman
asal petang Sabtu.Siapa tahu cuaca tidak begitu memuaskan.Titis-titis
hujan mencurah-curah seakan tidak membenarkan kami pulang.Namun,
memikirkan si kecil Alya yang habis bekalan susu,terpaksa ikhtiar untuk
pulang walaupun terasa berat.Menumpang bersama kami ibu saudara
dan 3 orang anak kecil.Meriah benar dengan gelagat mereka.

Tiba di persimpangan Cherating,trafik kian perlahan.Cuaca masih tak
berubah dengan renyai-renyai hujan yang kadangkala lebat tanpa dijangka.
Brek dipijak serentak melihat kereta dihadapan yang mendadak berhenti.Di
pandang cermin belakang,kenderaan belakang masih punyai jarak selamat.
Namun tak terjangka pemikiran kami,sesaat kenderaan hadapan meluncur
pergi,dentuman belakang membuatkan FI terhentak seketika.Mujur sempat
dipeluk si kecil ini.Pucat muka kami,sekalipun ditoreh mungkin takkan berdarah.
Ya,kami selamat.Namun jika dilihat Nissan Sylphy terasa pilu menyelubungi diri.
Cepat benar kami diuji.Genap setahun kereta abah dibeli,ALLAH menduga lagi.

Tak cukup situ,malam berikutnya berlaku lagi perlanggaran di depan mata.
Nyaris diheret budak lelaki itu andai kata dia tidak pantas mengelak.Usianya
masih muda,barangkali ajal belum bersedia untuk menjemputnya,Difikir-fikir,
kecuaian berlaku dimana-mana.Usah dikata,di rumah sendiri pun bagaikan
sama saja.Tua muda,jika diperkenan ajal tiba,bukan kita yang punyai hak
untuk menahannya.Sekalipun ditidak untuk menyerah,,perlahan ditarik kita
jua pasti kan lemah.KEMATIAN itu pasti,Dimana sahaja tanpa mengira
darjat,usia dan segala-galanya.



Freebies Minggu Ini


Idea nak taip entry berlambak dalam kepala.
Time nak interpret segala isi-isi dan hujah penting
mula la susup sasap idea tu hilang.

Daya ingatan lumpuh kejap.




Tengah best-best layan Facebook,terfikir
nak edit few gambar.FI tak pernah guna,tak tahu la
if ada orang lain dah pakai dulu.Nak bagi korang.
Ambik ler.Boleh buat header baeekkkkk punye..Free
je,just ucap terima kasih dah memadai.Nanti ada masa,bagi lagi.
=)
Tinggi kali lebar.
500 x 708
Bajet ikut suka korang lah untuk header.Hehe*







BEAUTY BROWN






ADORABLE BLUE





BABY BLUE







AGOGO GREEN




GORGEOUS GREY



AWESOME PINK



BERRY RED
CHICKY ORANGE


Itu je pilihan warna yang ada.Hehe*Berkenan ambik lah
satu.Jangan lupa inform kat ruang komen.Boleh jugak
skodeng apa hasil kreatif freebies minggu ini.
SEKIAN