Jimba-jimba Si Orang Muda

    

Hari ni tak seindah semalam.Itu pasti.Dunia aku dah banyak berubah
sejak hari itu.Menidakkan kelukaan dihati itu tak semudah lidah berkata-kata.
Sedang hati masih berulit bait-bait luka.Awak disana tersenyum kerana benar
gembira dan biarlah saya disini tersenyum membendung luka yang masih terasa.
 
Excited kelmarin.Berjaya jugak jejakkan kaki kat TTI tuh.Setengah jam berlama
kat situ rasa macam tak puas sangat.Begitu menyenangkan,terasa kosong tak punya
masalah.Kalau lah rezeki bertapak kat situ dengan apa-apa saja alasan,gerenti hari-hari
nak datang situ.Dalam kepala ada niat.Kalaulah bakal imam orang situ,hari-hari aku
ajak dating.Dating bukan as a couple ek tapi sebagai pasangan yang sah.Barulah masyukkk!!

GEMUK BEBENOR LER AKU NIE HA..
MAKAN APAM BANYAK SANGAT KOT. =.=

Jangan nak salah anggap lah.Tubuh sihat tak bermakna aku happy tau.Jauh sekali
aku bahagia.Even tak sebahagia orang tu,tak sebahagia orang lain,aku tetap
enjoy dengan hidup aku.At least kita appreciate hidup kita kan?Takkan untuk 1
kekecewaan aku jatuh tak bangun-bangun sedangkan dia?Dia pun dah jauh melangkah
kehadapan.Aku tak ambil kisah pun tentang dia.Biarlah.Itu aje yang mampu aku buat 
sekarang.Dan untuk hidup aku,walaupun aku tak ada ikatan seumpama dia,biarpun
tak sebahagia,sebertuah dia,aku tetap cari bahagia untuk hidup aku walau sikit.

Tak ada dah cinta biasa untuk aku.Cinta aku simpan kat hati.Bagi aku biar tak terikat
asal aku dan dia masih DEKAT.DIA?Siapa tahu DIA itu siapa.Hanya ALLAH yang tahu.


HOBI MASA LAPANG.MENCONTENG-CONTENG.
SORI,SAYA TAK EXPERT BAB-BAB LUKIS NI.NI JE
YANG MAMPU. TETTTT =.=

Sahabat






Aku dah tak reti nak mengolah kata.Entah kenapa,hanya kerana 1 emel,airmata aku 
berguguran,hati aku jauh melayang.Sukarnya nak memujuk hati sendiri.

Firstly,aku minta maaf.Aku tahu takde orang anggap aku sebagai KAWAN yg TERBAIK.
At least aku cuba jadi walhal aku tahu kemampuan aku kat mana.
Dulu kita sekolah sama-sama.Sekelas,waktu rehat berendeng
jalan seiring.Tak perlu jumpa hari-hari,setiap masa sebab rasanya 
waktu sesi persekolahan tu dah cukup untuk
beri kita waktu indah bersama.Then habis sekolah,
Alhamdulillah kita still saling melengkapi.Even jumpa takdelah hari.-hari.

Semakin bertambah usia,semakin matang kita,semakin jauh 
ternampak beza.Mungkin semuanya salah aku
atau sememangnya benar salah aku.Kadang aku berharap andainya
 hidup aku seindah,seceria hidup korang.
Andainya boleh aku bebas ke sana ke mari,andai aku tak 
perlu minta izin untuk keluar berdikari.Segalanya andai.
Dan kerana andai itu,aku menanggung rasa tak sempurna .
Tak sempurna untuk menjadi kawan yg sentiasa bersedia.
Maafkan aku.Maafkan aku untuk ketidaksempurnaan ini.

Aku fikir aku sendiri.Aku punya teman tapi aku tetap berasa sendiri.Salah aku jua 
yang menyepi.Menyepi tak tahu dari sisi mana untuk aku mulai.
Kadang sepi aku korang salah erti.Bohonglah kalau aku tak pernah berfikir
soal ini.Aku sedar aku tersisih jauh,mungkin kerana sendiri ini.
Dan dicelah hati,aku cemburui.Hati terdetik,seindah
pun suasana korang tanpa aku disisi,ingatlah aku walau seceruk 
mana pun nama aku dihati.Aku tak pernah layak
untuk korang angkat sebagai KAWAN yg MELENGKAPI.
Tapi aku selalu berharap sekhilaf manapun aku,aku masih punya erti.

Maafkan aku.Kehilangan bonda tersayang merubah wajah hidup aku.
Kehidupan aku lagi terbatas.Aku jarang fikirkan
hidup aku,apa yg aku ingin lakukan,waktu bersama teman-teman.
Segalanya terjangkau lebih dari apa yg aku mampu
zahirkan.Terkadang aku rasa hidup aku berantakan.
Yang mana satu perlu aku utamakan,yg mana satu perlu aku jaga.
Kudrat aku untuk jaga hati yg tersayang,hati sendiri rela aku abaikan.
Orang tak nampak aku senyum dalam kepalsuan,
yg mereka tahu senyuman itu tetap SENYUMAN.Aku perlukan teman tapi 
sedetik aku nak meluahkan,aku masih fikir
itu satu bentuk bebanan.Cukup-cukuplah hati korang terasa dgn aku.
Aku tanak menyusahkan.

Aku tak minta agar korang faham.Aku pinta kemaafan.
Andainya aku datang hanya bawa kelukaan,bawa ketidakpuasan,
biar aku sendiri.Itu lebih baik dari menyakiti korang yg aku anggap sebagai FAMILY.
Berat beban hati rela aku kendong,
andainya itu yg buat korang bahagia.Berkali aku minta maaf,aku tak tahu 
cukupkah kali maaf itu untuk korang terima.
Aku cuma berharap,jika esok masih ada hari,moga Tuhan beri kesempatan 
utk aku minta maaf sekian kalinya.Moga-moga waktu itu,aku sudah dimaafkan.

Sayang aku utk Sahabat aku tak pernah berubah dan takkan pernah berubah 
sekalipun dah mati,nama korang tetap dalam hati.InsyaAllah.

Jodohku,Biar Allah Yang Tentu

SALAM AIDIL ADHA.

Lama tak dijengah blog comel ni.Diari yang tersimpan kat rumah pun sudah lama tak
 disentuh.Agaknya otak ni dah hilang garapan idea untuk dipena.Entahla.
Jawapannya aku sendiri tak pasti.Yang pasti aku biasa begini.Dulu blog ni lah
 kegilaan aku.Dari awal penglibatan,satu haram pun reti.Apatah
lagi nak edit blog,makeover blog adik-adik,even nak buat tutorial.Masa berganti,
sikit-sikit ilmu tu akupelajari.Awal-awal memanglah banyak yang tak tahu.
Kena rajin EXPLORE ye adik-adik.Tak rugi.

Habis bab blog.Sekarang ni memang musim tunang,nikah,kahwin ek?
Adik sepupu aku yang usia semuda 19 tu
dah bergelar tunangan orang.Tahun depan ada rezeki nak tukar 
status jadi surirumah pulak.Bersidai di rumah
makcik aku since hari tunang anak dia,banyaklah soalan cepuk cemas 
untuk aku.Yela,umur aku 22 ni dirasakan
tua dah.Dah layak jadi tunangan orang katanya.=.=Ok fine!Aku tua.huhu*

Then giliran adik kepada kakak ipar aku pulak nak bertunang.
Aish! tetibe semua nak bertunang ni.Tergugat
mak! Dia baru 20.Muda kan?And macam biasa lah kalau orang pemes 
macam aku ni.Soalan cepuk cemas lagi yang
ditanya.Erk* Time kasih banyak sebab ambil berat.Tapi soal jodoh,
tunang,nikah kahwin ni aku tak tahu nak
jawap.Mungkin aku tak bertemu jodoh yang sesuai.Cuma masa 
yang akan tentukan bila jodoh aku sampai.Siapa
yang tak nak merasa naik pelamin,saat-saat bergelar seorang isteri.Sungguh aku nak,
tapi takdelah aku terlalu meminta-minta.Jodohku aku serahkan kepada Tuhan 
untuk berikan yang terbaik.Yang penting aku berusaha
untuk cari seseorang yang serasi.Ada jodoh ada lah kan?
Tak perlu dipaksa dan tak perlu memaksa.Ikhlas itu
penting ye anak-anak.Dengar cakap akakkk ni.

Bila ramai sangat yang bertanya,acap kali diulang tayang soalan sama,
aku rasa macam soalan tu soalan bocor dah.
Makcik aku ni tau jawapan aku tapi still nak tanya lagi.Aduyaiii..
Gamaknya tak puas hati selagi aku tak bagi alasan
panjang lagi lebar.Lastly,pendirian aku ialah dengan berdiam diri.
Ditanya aku senyum je.Senyum itu sedekah.
Takde alasan untuk aku tak boleh senyum.Bijak-bijak.

Bukan aku menolak tuah.Aku pernah dilamar sekali dua.
Tapi aku rasa aku cukup matang untuk menilai setiap
keputusan penting hidup aku.Dan penolakan tu sikit pun tak buat 
aku berfikir 2kali.InsyaAllah,Allah telah
tetapkan jodohkan sejak aku di rahim UMI aku lagi.Aku percaya itu.

Untuk awak yang dah bergelar tunangan orang-bakal menjadi suami,
saya maafkan kesilapan awak sepertimana
awak memaafkan saya tiapkali saya buat silap.Ini langkah besar 
yang saya ambil dalam hidup saya.Memaafkan
insan yang meretak seribukan hati saya.Memaafkan itu saya 
rasa lebih mudah berbanding melupakan bait kata
awak.Saya tak kenal lagi awak siapa.Insan yang saya kenal 
5tahun dulu hilang entah kemana.Saya REDHA.
Tak pernah dan tak akan berdendam.Ini pengajaran berharga biarpun hati 
terluka merasa.Cinta Satu Lebih Bermakna ~Allah <3 br="br">

Ya Rabb

 
Sesekali ku intip luahannya,dan sesekali itulah hati ini terluka.
Dia gembira dan aku lupa diulit duka.Kejamnya dia atau aku kah yang tak sedar
diriku siapa,pada dia.Keseorangan mengingati kisah lama,yang tak pasti apakah
bernilai dimata sidia sebagaimana nilainya yang aku rasa.Mungkin sampai saatnya
aku harus berpaling memandang kehadapan yang jauh aku tinggalkan atau sekadar
 mencari persimpangan kehidupan.

Dari sesekali itu jugak aku buang airmata.Entah untuk apa,kerana apa,aku sendiri lupa.
Yang pasti itulah yang aku rasa.Hidup punya karma,dan aku percaya itu.Tetapi 
kejam rasanya andai salahku dibalas sebegini rupa.Seolah aku insan hina tak berharga.
Mengapa perlu aku keluhkan takdir Allah.Sekalipun menyakitkan,seharusnya aku 
percaya,yang baik itu daripada-Nya.Walhal itu
yang aku pegang dahulu.Kenapa harus sekarang prinsip itu aku sangsi?

Tuhan,aku tak minta KEBAHAGIAAN.Cukup sekadar KAU tiupkan semngat KESABARAN,KEKUATAN untuk aku pegang bila mana aku terduduk mengusap 
AIRMATA yang BERLINANGAN.Semoga dalam KEGOYAHAN,aku mampu tampil
 TENANG dan beri SENYUMAN pada sesuatu yang MELUKAKAN.
Dari kata ku ini jua aku rasakan KASIH SAYANG,pabila pipi yang dibasahi airmata hampir KEKERINGAN sendirian tanpa perlu aku USAPKAN.Ku mencintaimu YA -RABB.

Untuk yang melukakan,terima kasih penuh keikhlasan.Dari kelukaan,aku belajar erti 
kehidupan.Dan disitu juga detik permulaan untuk aku mendekati Tuhan.Lebih memahaminya.Padamu aku tak pernah berdendam sekalipun lukanya begitu mendalam.
Aku tahu bahagiamu sekarang pasti akan aku rasai melebihi
bahagiamu kini kerana aku pilihan YA-RABB untuk diuji kecekalan hati.

Jika Hatiku Seteguh Itu



Aku mengharap hari ini lebih indah dari semalam.Tanpa kenangan,
tanpa kelukaan,dan tanpa tohmahan.Bila kita diam berbicara,
banyak pula yang dikata.Dunia sesungguhnya terasa tidak adil bagi aku
sekarang ini.Kenapa susah benar nak dapatkan ketenangan tanpa
adanya persengketaan.Hina benarkah diri ini pada pandangan?

Kalau dulu aku mampu berdiam,rela membanting tulang menolong
kamu apa yang kurang,mengikat tasbih 1 perhubungan.Tapi bila sudah
lengkap ikatan,aku dipersendakan.Aku tak minta berikan pujian,
aku jua tak ingin mengulang tayang seolah aku hanya berikan kebaikan,
yang aku pinta cuma KETENANGAN.Dan semalam mengubah laluan
kehidupan aku 360 darjah pusingan.Oh Tuhan...


Aku diam,tapi orang tak tahu apa hati aku rasakan.
Sedaya upaya aku menahan dari melepaskan tapi sekuat mana pun
ditahan,takkan mampu aku tahan airmata untuk berguguran.
Mungkin DIA ingin dengar aku meluahkan apa yang aku simpan.

Langkah besar bila aku pandang sidia di laman,dan diberi kekuatan
untuk melepaskan.Itu jalan terakhir bagi aku untuk merungkai kekusutan.
Biarlah aku KALAH,kalah tapi TAK LEMAH.

" Kadang - kadang lebih baik membiarkan kesedihan bertandang andai
itu yang dapat 'membawa' pulang hati kita pada-Nya daripada
kegembiraan yang 'melarikan' kita jauh dari-Nya ".


Bila Yang Tak Pandai Buat-Buat Pandai



Haih.Asyik-asyik kena hijack
je bila sampai turn kita main internet.
Ada je virus kecik besar nak menerobos.
Tahu la pc bujang ni banyak movie,nak suruh kita
format la tu.Kankankan?

Puas duduk menggogel semalam konon nak cari solution
manual cara buang virus tak sihat ni.Dalam matleh jugak
yang jumpa,nasib boleh paham sikit-sikit.Ni ha cara

virus ni mengganas.Dah tukar google search aku jadi versi dia.

Sekali tengok mesti korang agak ni benda yang tipikal
akan jadi kat kita semua kan.Tapi bagi aku yang sudah biasa guna
Google search memang aku tak nak tukar lain dah.Even berapa
banyak aku try,aku buka new tab sekalipun mesti stuck dengan
Mystart ni atau nama penuhnya Mystart.incredibar.com.
Bengang tau dak?So,aku gogel dengan semangat waja sampai la
ke petang tadi baru aku berjaya hapuskan virus haramjadah ni.

Itu pun dengan cara manual hasil dari ujikaji tengok video
dekat Youtube.Nasib baik ada yang senang nak ikut,kalau
tak mahu keguguran rambut aku ni fikir cara nak remove.


Yang terkena jugak tu boleh la try cara ni.Mujarab lah kot sebab aku buat ok je.
Paling penting usaha separuh gila neh.Hahahaha...

Ingat Curang Best Ke?


Halu.Malu benar dengan blog ni.Terbiar tanpa kasih sayang.
Zalim sungguh aku.Tapi ade alasan tau.*Banyak la kau

Entry ni sudah tertangguh.Dah banyak hari nak up.
Tapi peram lama-lama dalam laptop tu.Sudahnya semalam
hilang semua bebelan aku.Window corrupt untuk kali ke berapa
aku pun tak tahu.Agaknya laptop ni banyak dosa kot?Tak pun
dia tak rela aku guna dia untuk main facebook.

Sekarang ni popular la jugak keyword curang ni.Atas orang je
tau ok.Yang tak tahu cerita,jangan tanya sebab aku tanak jawap.
Best ke?Moh kita kaji sama-sama.

Orang Perempuan Kalau Curang Mesti Sebab...
*Terabai,Buah hati tak bagi perhatian sangat.
*Spare untuk ubat kelukaan in case PUTUS.
*Tengah jalan jumpa calon yang dia rasa lagi ok dari pakwe sekarang.
*Orang tu pandai treat dia.Rasa dihargai yop
*Saja suka-suka*Takde keje gamaknya

Gambar Takde Kaitan*Ade haku kesah?

Mesti ada yang tanya camner aku tahu bab-bab curang ni.
Aku pernah rasa dicurang dan mencurang.Tapi last minit aku kensel
tak jadi nak mencurang sebab aku fikirkan apa yang orang rasa
jika diri dikhianati.Bengang?Marah?Semua ada.Sama la macam aku.
Orang kalau dia buat jahat dekat aku,rela aku diamkan aje.Paling
sadis aku menangis.Jangan kata CENGENG sebab menangis tu bukan tanda
aku LEMAH.Cuma hati aku ni dah cukup kuat menahan rasa untuk waktu
yang lama.Kalau kau pun,aku rasa macam aku jugak.*Kankankan?

Best ke curang mencurang,sailang menyailang ni?
Atas orang je tau.Cuma satu,kalau dah tak suka,baik bagi tahu direct.
Tak perlu nak selingkuh,nak main belakang.Cuba kena kat kau,
baru tahu sengsara hati camner.Cuba berhati perut sikit deh.


WANG HANTARAN.Ikut taraf ke?





Telinga mendengar siaran radio HOT.FM TERENGGANU.Sedap pulak
lagu rock dulu-dulu Uk's nie.Kena betul dengan topik yang dibincangkan.

Orang perempuan memang kena letak harga tinggi ke untuk hantaran nie?
Wajar ke?FI sebagai orang perempuan la tak nak jawap wajib atau tak.
Orang kata lagi tinggi si perempuan belajar,alamak lagi tinggi la yang dia letak.
Patut ke?Malu ke kalau letak setakat 6k atau 7k?Bukan nak sebelahi

siapa-siapa.Tapi personally FI rasa ade pro dan kontra jugak letak harga tinggi nie.
Kalu over sangat,dikata letak tak kena harga.Overrr gittew.Kalau rendah,
malu kononnya.Semuanya atas diri masing-masing.
Cuma tinggi atau rendah,kita sebagai perempuan tak tahu apa yang
si bakal suami tanggung lagi tinggi.

Harga tinggi Fi rasa mungkin boleh la bagi si gadis yang pandai buat kerja..
Kira kemahiran sangattttt ok.Memang kena sangat la untuk lelaki
dengan apa yang mereka kena bagi.Kita nie insan biasa.Nak bagi lebih,
mintak lebih,tengok kemampuan la.Setakat nak tunjuk kat orang duit
berkepuk-kepuk,tak payah la kan.Menambahkan dosa ade la.

Ada si gadis nie,tetap harga 15k,tapi beranak payah,nak basuh baju
dikata dobi kan ada.Ape cerita nak mintak lebih?
Agak berbaloi ke?Atau yang diminta harga tu biar setara
dengan darjat?Rasa sangat tak wajar.Boleh juga dikata
setakat nak bagi 5k baik tak payah.Lembu lagi mahal.
Hina benar lembu .Sehina lembu,jangan lupa sumbangan susu,daging.
Kita pernah makan,pernah suap,pernah rasa dengan mulut kita.
Apa teruk benar kalau diberi 5k?Yang pernah diberi sedang
elok je ada yang bahagia.Duni-dunia..segalanya perlukan wang.
Itu FI tak nafikan.

Ada juga si gadis berbisa kata.Katanya tak mahu bayar mahal,tak
payah kahwin pun tak apa.Alahai,begitu sekali sikap kita.
Hal hantaran mahal atau tinggi rasanya perlukan perbincangan.
Mahal atau tidak,yang penting majlisnya.Yang penting kita
bahagia.Jika ditanya FI sekalipun,FI tak kisah.Yang penting kesepakatan.
At least penghujungnya majlis berjalan jugak.Ditetap mahal itu kelebihan,diberi
rendah pun dipanjatkan kesyukuran.Jangan buat majlis bahagia bertukar
majlis bebanan sudah.Kesian pulak pihak satu lagi.

TAK NAK MENGELUH

Letih,penat,terseksa jiwa dan raga,
lemah tak bermaya,rasa nak tidur je 24jam,
bergumpal dalam bilik,atas katil penuh dengan bantal.
Alahai,bercerita tentang bantal,menguap pulak dah.

Bila badan lemah,hidung berair,badan kepanasan,
tekak kering batuk-batuk kecil yang menyakitkan kerongkong,
suara berubah ala-ala rock dulu-dulu.Itu demam namanya.
Sebelum berangkat ke Gelang Patah demam menyerang,belum pun
baik betul menapak la kami-kami rombongan cik kiah,cik bedah
meminang si dara manis pujaan cik abang bongsu FI.
Ingatkan dekat,sampai pinggang patah baru sampai ke Gelang Patah.
Segalanya berkisar tentang patah.
Itu dia manisnya si dara di suntik sang teruna.
Penat,jauh kami berkelana,hajat terlaksana.

Sudahnya majlis usai segalanya,menonong kembali
ke kediaman sendiri.Awal berangkat pergi seiringi
si mentari tegak meninggi.Aduh,panas sih.Berjam lama
dalam kereta,sampai di Kuantan puas.Tak larat nak memandu,
tidur dulu.Esok pagi kembali ke Terengganu.Letih,penat,badan
lain sudah rasa dan gaya.Batuk kecil sekali dua.Hidung berair
kadang-kadang rimas rasa.Itu pentandaaaaaaaaaa.

DEMAM LAGI.
TAK NAK MENGELUH.
Biarkan ia letih,penat,lemah.
Batuk biarkan,selesema juga biarkan.
Tanpa ubat itu biasa.
Persoalannya?Bila mau baik kalau semuanya
tak dijaga?

BIBIRMU PINKY MENAWAN KALBU


Of course semua orang mahukan kesempurnaan.Sempurna bukan
totally perfect la sebab kita tahu takde ape yang sempuna 100%
di dunia ini except HIM.Nak kesihatan baik,tubuh badan cantik,
muka berseri,bibir pinky-pinky kena la pandai jaga kan.Ok,few tips yang
FI aplikasikan dalam kehidupan seharian FI untuk bibir cantik berseri.
PINKYLICIOUS gitu...
MINUM AIR MASAK
Yang ni susah sikit.Habit yang sukar untuk FI kikis,FI suka minum air manis
berbanding air masak.Overdose gula tu yang badan tembun ni.At least kita
perlukan 8 gelas sehari air.Mana-mana pergi pun wajib ada air,kalau tak perit
tekak tahan dahaga.Fungsi air untuk keseimbangan tubuh badan kita,agar tak
terhidrasi if cuaca panas.Also,kelembapan bibir dikekalkan.Bibir pun of course
natural pinky.Sangat mudah kan?

BIBIR MENGGELUPAS?BIARKAN AJE
One thing yang korang kena ambil berat.If bibir korang start menggelupas,
JANGAN SESEKALI gatal tangan nak usik.Just let it be.Fakta yang korang kena
dan HARUS tahu,if korang usik jugak,ia takkan reda.Mungkin reda hanya untuk
sementara tapi hakikatnya ia boleh berulang.Lagi teruk bibir korang
berkemungkinan akan jadi hitam.Fakta tuh,bukan AUTA ye anak-anak.

BIBIR KERING,SAPU LIPBALM
Lipbalm,lip treatment,chapstik pape aje,sapu la kat bibir tu bila start
rasa kering.Terutama bila duduk dalam suasana ber aircond bagai.Bukan
setakat bibir je kering,kulit kering tekak pun kering.Kalau kulit of course
ada pelembabnya.Sama la jugak dengan bibir,tak rugi beli lipbalm untuk
penjagaan diri kita sendiri.Sapu kerap kali pun ok.REMEMBER! Kelembapan itu
penting untuk kekalkan kecantikan bibir yang semulajadi pink.

MADU ATAU MENTEGA PUN BOLEH
Another things yang boleh korang guna untuk kekalkan bibir semulajadi
cantik adalah madu dan mentega.Sapu je salah satu bahan tadi kat bibir dan
biar je ia kering sendiri.Toksah nak jilat bagai sangat la.Ingat lolipop ke
nak jilat-jilat.Asasnya sama je macam lipbalm tadi.Sebab tu kalau kita teliti
ada jugak lipbalm yang guna exract madu atau mentega.Sangat
melembabkan tau.Murah lagi cepat.

Ahaaa...tu aje FI mampu kongsi.Tips yang mudah,diaplikasi hari-hari.
FI of course titikberat kecantikan semulajadi sebab FI tak suka muka
bermekap.Pandai la jugak cara nak bermekap camner,cuma
tak suka muka 24 jam penuh dengan mekap even pakai compact powder
sekalipun.Bagi FI,biarlah orang tengok diri FI yang original tanpa mekap
sekalipun yang bermekap memang sangat VOGUE.
THATS THE REAL FI.Any questions or anything yang korang
nak tahu dari FI,boleh tanya direct kat
komen neh.Will reply it A.S.A.P .

Kehidupan Ini Harapan


Hai guys.Lama FI tak update blog nie.Terbiar
tak berteman.Makin hari makin tak maju rasanya.
Slowly cuba nak bergiat aktif berbloging.Harap-harap
bukan hangat-hangat taik ciken lah.

Being away for a long time.Macam-macam benda interesting
berlaku.Yang tak interest pun ada jugak.Yang tu simpan dalam
kocek,biar FI sorang je tahu.Kehidupan di rumah,sebagai seorang
anak,seorang remaja ke wanita ek?Remaja lah kot sebab bajet muda
lagi nie.Everything was fine.Seminggu FI punya sister ikut sang suami
ke Kuantan,makan kat rumah FI ler yang uruskan.Bukan terer sangat
bab masak-memasak nie.Setakat main campak tu bolehlah.Alhamdulillah,
takde lagi yang menggelupur keracunan.Yang makan hingga kelicinan tu
ada lah kot.Tah la.Tak tahu nak cakap sedap ke tak.FI takut terrr over
garam je.Tapi melihatkan situasi makan tak pandang kiri kanan tu,
macam dah sedap rasanya.Boleh lah nak berlaki nanti.

Love life?Biasa je.Mungkin ada yang terkurang.Mungkin FI yang tak
tahu untuk memulakan.Terkadang rasa macam payah untuk jadi
diri sendiri.Rasa dibayangi kisah lalu,kisah dia,kisah FI.Letih rasanya
untuk mencuba memahami dia sepertimana dia memahami FI.Setiap kali
dia menegur,cepat benar hati ini terguris.Tak tahu lah silapnya dimana atau
FI yang sensitif benar menahan rasa.Sebolehnya cuba difahami diri,cuba
mengubah ketetapan hati untuk sering menangisi,tapi begitu..masih sama.
FI tak mampu menipu,apatah lagi sekalipun mencuba untuk membohongi,
lekas benar dia mengetahui.Mungkin dia hanya berkata JUJUR.Sememangnya
kejujuran itu memeritkan.
FI kecewa berkali-kali dan untuk kali ini,masih berdiri teguh.Berharap
cinta kali ini takkan berakhir dan ditangisi lagi.Benar,FI terlalu bergantung
harap padanya,terlalu sayang hingga takut dilukakan.Kata dia,sayang FI
barangkali melebihi sayang dia pada FI.Terdetik di hati dimana kurangnya FI.

:: Saya tak ingin meminta.Berilah apa sahaja,banyak mana,dengan
cara apa sekalipun,saya terima.Sesungguhnya kasih sayang itu tak mampu dinilai,dan kesempurnaan itu takkan dapat dicari.Ianya dirasai tulus dari hati ::FI