WANG HANTARAN.Ikut taraf ke?





Telinga mendengar siaran radio HOT.FM TERENGGANU.Sedap pulak
lagu rock dulu-dulu Uk's nie.Kena betul dengan topik yang dibincangkan.

Orang perempuan memang kena letak harga tinggi ke untuk hantaran nie?
Wajar ke?FI sebagai orang perempuan la tak nak jawap wajib atau tak.
Orang kata lagi tinggi si perempuan belajar,alamak lagi tinggi la yang dia letak.
Patut ke?Malu ke kalau letak setakat 6k atau 7k?Bukan nak sebelahi

siapa-siapa.Tapi personally FI rasa ade pro dan kontra jugak letak harga tinggi nie.
Kalu over sangat,dikata letak tak kena harga.Overrr gittew.Kalau rendah,
malu kononnya.Semuanya atas diri masing-masing.
Cuma tinggi atau rendah,kita sebagai perempuan tak tahu apa yang
si bakal suami tanggung lagi tinggi.

Harga tinggi Fi rasa mungkin boleh la bagi si gadis yang pandai buat kerja..
Kira kemahiran sangattttt ok.Memang kena sangat la untuk lelaki
dengan apa yang mereka kena bagi.Kita nie insan biasa.Nak bagi lebih,
mintak lebih,tengok kemampuan la.Setakat nak tunjuk kat orang duit
berkepuk-kepuk,tak payah la kan.Menambahkan dosa ade la.

Ada si gadis nie,tetap harga 15k,tapi beranak payah,nak basuh baju
dikata dobi kan ada.Ape cerita nak mintak lebih?
Agak berbaloi ke?Atau yang diminta harga tu biar setara
dengan darjat?Rasa sangat tak wajar.Boleh juga dikata
setakat nak bagi 5k baik tak payah.Lembu lagi mahal.
Hina benar lembu .Sehina lembu,jangan lupa sumbangan susu,daging.
Kita pernah makan,pernah suap,pernah rasa dengan mulut kita.
Apa teruk benar kalau diberi 5k?Yang pernah diberi sedang
elok je ada yang bahagia.Duni-dunia..segalanya perlukan wang.
Itu FI tak nafikan.

Ada juga si gadis berbisa kata.Katanya tak mahu bayar mahal,tak
payah kahwin pun tak apa.Alahai,begitu sekali sikap kita.
Hal hantaran mahal atau tinggi rasanya perlukan perbincangan.
Mahal atau tidak,yang penting majlisnya.Yang penting kita
bahagia.Jika ditanya FI sekalipun,FI tak kisah.Yang penting kesepakatan.
At least penghujungnya majlis berjalan jugak.Ditetap mahal itu kelebihan,diberi
rendah pun dipanjatkan kesyukuran.Jangan buat majlis bahagia bertukar
majlis bebanan sudah.Kesian pulak pihak satu lagi.