skip to main |
skip to sidebar
First time buat.Nie je yang tinggal.Yang
lain semua dah selamat masuk perut.
Hadoiii tajuk entry.Macam meletops aje.
Since sekarang nie memasak menjadi rutin harian aku,
aku jadi terlebih rajin nak eksplorasi resepi-resepi baru.
Beli majalah masakan,gogel menggogel resepi.Semua nak belajar.
Buat bekal untuk bakal imam.Cenggituuuu
Takdelah.Aku suka memasak sebenarnya.Walaupun aku mengaku,
tak terer bahagian rasa merasa ni,tapi still aku cuba buat yang terbaik.
Resepi Cream Puff ni jugak aku ambil dari internet.Suka sangat
makan kuih ni,nak beli macam tak kena je sebab nak membuatnya
sangat la senang.Ringkas tapi sedap gitu.Resepi asal bersoskan kastard,
tapi since aku suka makan sos kastard berjagung,aku tambah jagung tin
dalam sos dia tu.Sangat memikat hati.Terai lah yek.
Before adding the eggs.Nampak macam sikit,
tapi untuk adunan ni,kalau buat saiz comel,boleh banyak.
Resepi boleh tengok SINI ye.Memang original resepi-resepi orang lain
diambil dari sini.Cuma atas orang,mungkin ada yang ubah sikit komposisi
bahan-bahan tu.Tapi aku guna sukatan sama macam resepi ni.Tak ubah sikit
pun.And untuk pengetahuan,resepi sos dia tu bagi aku cukup PERFECT
sebab manisnya,lemaknya betul-betul kena.Tak manis sangat,tak lemak sangat.
JUST NICE gitu.
Kastard Jagung.Nampak pekat sebab overdose tepung
kastard.Second time buat better dari ni.Untuk kurangkan
kepekatan,just kurangkan kuantiti tepung kastard tu deh.
Fresh from the oven.Bytheway,kalau korang nak warna
yang mengancam sikit,korang bakar puff nie lama sikit.1st try
bakar suhu yang dia bagi.Around 30 minit gitu je.2nd try
aku up 10 minit cenggitu bagi warna koko sikit.Jangan
risau kalau lepas bakar,dia jadi garing terlajak.Once dah
sejuk,dia jadi gebu balik.Terai yek jangan tak terai.
CANTIK BENOR GHUPE PUFF NI.MAIN BENTUK
PAKAI PLASTIC BAG AJE.PIPING BAG TAKDE.
Update...update..
Lama biarkan blog ni sendiri tanpa update.Bukan sengaja tapi terpaksa.
Melalui saat-saat sukar ketiadaan internet.Ada tab pun bukan suka sangat pakai.
Susah bebenor nak taip.Typo aje jari ni yang menekan butang itu ini.
Banyak benda yang berlaku.Tak tahu la mana satu nak dicerita dulu.
Yang suka yang duka.Semua ada.Yang latest cerita pasal benda ni.
Pouch hardisk.Ekceli aku tak reti nak buat shape kotak
macam ni.Tapi bila menggatal sangat nak buat,kot celah mana pun eden torai aje.
Selagi tak buat,tak tahu kemampuan diri camner.Kebetulan pulak tengah
meminjam hardisk member sorang ni.Ada can la nak mengetest kejap.
Buat kotak ni latar warna biru,bahagian lining dalam warna hitam.
Both warna gelap,so nanti kalau kotor tak nampak ketara sangat.Then
design muslimah tu aku tak kopi kat mana-mana crafter felt.Aku terjumpa
satu doodle siapa tah yang buat sebab takde signature tapi memang
kiut sangat.Awalnya nak buat owl,tapi macam familiar sangat kan.
Lama jugak aku tenung doodle tu memikiokan cara nak transformasi ke bentuk felt.
Isian felt muslimah ni aku tak guna fiber.Aku just kebas span
lembut yang biasa orang guna untuk wrap gabus
hantaran kahwin tu.Banyak lebih kat umah.Guna span sebab bentuk
dia cantik dan kemas sikit berbanding letak fiber dia over kembung nanti.
Nak cantum satu-satu bahagian berpeluh eden.Pastikan doodle
tu siap dulu nanti just jelujur je kat bahagian depan.
Bahagian belakang depend la nak letak nama ke idak.Since yang
ni gift,aku letak je nama cik member.Warna pilih
yang senada dengan doodle baru kiut.Dah siap letak doodle,
nama,butang-butang tu semua,jahit la sampai habis.
Siyes memang yang ni comot sungguh.Aku tak reti nak cantum
yang corner-corner tu.Main cincai boncai je.Guna pulak
benang putih,memang ketara la nampaknya.Tapi 1st try jadi
camni pun aku puashati.Siap aku bagi phone strap sedondon
lagi untuk pouch ni.Harap suka la yek cik member.
Niat lama dah nak bagi.Hari tu kirim beli necklace lovey dovey,
dia tak ambil pun duit time aku nak bayar.Ni je yang
mampu aku bagi.At least suka aje tengok member hepi eksaited macam ni.
Happy Day gittu..