skip to main |
skip to sidebar
Aku takkan sebut nama kau.Aku takkan tulis
siapa kau.Tapi aku hanya akan cakap,kau kawan baik aku.
Sejak sekolah rendah,sejak dulu lagi.Apa yang mereka
khabarkan pada semua ibarat angin lalu kerana aku
lebih percaya kau.Kerana aku sayang kau,segalanya aku
tak ralat untuk memberi walau hati remuk sendiri,walau
dompet tak punya isi.Untuk kau wahai kawan.
Aku tak mengungkit,aku tak ingin nak ingat apa yang
lepas.Tapi yang lepas,bila jawapannya lengkapnya aku
tahu semalam,ia merobek perasaan.Apatah lagi,kau berdua
insan yang aku sayang.Dulu pernah aku bertanya,seawal
aku masih dengan dia.Adakah kau juga punya rasa cinta?
Tapi jawapan tak pernah bunyi YA.Bagi kau aku
was-was saja.Mungkin...Barangkali..Sedapkan hati..
Tapi hati tak pernah menipu.Dan takkan pandai menipu.
Jarang sekali sangkaanku palsu dan keliru.Perihal
semalam terlihat nyata.Ya,kau dengannya.Dari dulu,hingga
kini.Mungkin kau lupa,aku pernah bertanya apa kau punya
rasa yang sama.Tapi jawapan tak pernah YA kan?
Lalu apa rasaku untuk yang tersingkap sekarang?Lega?
Duka?Kecewa?Terasa?Kau tak tahu?
Aku rasa dikhianati.Pedih hati bila ianya dari kawan sendiri.
Aku kecewa namun nak menangis aku rasa sia-sia.
Kawan,perlukah kau menutup yang benar walhal kau tahu
yang benar itu lebih baik dikhabar berbanding kau berpura.
Sakitnya lebih terasa,lebih menikam jiwa.Tahukah kau?
Aku tak tahu bagaimana nak semuka,bagaimana nak
telan semua.Sedang kau umpama tak rasa apa-apa.
Sekadar berlagak biasa saja.Apakah segalanya aku yang cipta
angkara?Aku yang salah semua.
Aku dah tak peduli lagi.Aku ingin cari bahagia sendiri.