2022 NEW CHAPTER

Adakah penggunaan blog masih relevan masa kini atau aku je yang masih still
posting dekat blog.Dahla blog design macam kanak-kanak riang*haha
Bytheway,aku sayang nak redesign blog ni sebab korang tak tahu betapa strugglenya
aku duk mengadap coding.Aku bukan budak media tau.Semua coding aku
research sendiri,godek sendiri,nak cantik bagai.Lani,korang tanya bab 
coding pun aku taktau nak jawap dah.So,toksah tanya la.Pi GOOGE sendiri pi.


Back to topik.2022 new chapter bagi aku sebab kejadian besar yang jadi 
pada aku.Melibatkan diri sendiri,jugak orang-orang terdekat aku.
Aku ni dah menjengah usia 30-an tau,muda lagi kan.Konon nak sedapkan
hati tu*haha.Lepas raya puasa hari tu,aku dirisik.Almost 12 tahun perkenalan
aku dengan si dia,at last datangnya permulaan kepada 1 perjalanan 
baru antara aku dengan dia.Korang mesti duk tanya-tanya kan why 12 tahun
aku sanggup tunggu.Kenapa sidia takde inisiatif nak menghalalkan 
hubungan ni.Well,nanti la aku cite bab tu.Panjang citenye noks.

Seiring perancangan kami utk majlis bahagia,perancangan 
Allah lagi berkuasa nyatanya.Ayah aku dalam diam rupanya 
menyimpan hasrat utk tamatkan zaman duda.1 situasi yg aku tak
jangka.Dulu ayah aku pernah cakap takkan ade hasrat utk cari
pengganti arwah umi,tapi itulah.Sedangkan pantai boleh berubah
apatah lagi manusia.Aku tak marah cuma aku susah nak adapt dengan 
kenyataan tu.Nak kata aku dah move on dari fakta arwah umi dah tiada pun
aku takleh nk 100% yakin.Aku still rasa arwah masih ada.*sigh
YaYaYa..Aku kena terima qada dan qadar.Aku tahu.Aku tahu.
31 JULAI lalu pun aku dah rasmi dapat mak tiri.Aku OK 
je ni.*haha.Bab majlis aku?Postponed noks.
Susah betul nak arrange majlis dengan manusia yg sibuk kalah
YB.Cuma aku harap segala yg dirancang berjalan baik.
Tarikh baru insyaAllah hujung tahun.