THINGS THAT WE SHOULD THINK




--> PERKARA YG PATUT KITA FIKIR-FIKIRKAN <--


> Kenapa orang selalu mengadu apabila
waktu khutbah dipanjangkan dari

kebiasaan ,tetapi mereka seringkali
menyenangi apabila waktu permainan

bolasepak dipanjangkan ke waktu tambahan......

> Mengapa terlalu sukar utk menghabiskan
sejuzuk Al-Quran..Tetapi ternyata

begitu mudah utk menghabiskan
200-500 helaian novel terlaris...


> Mengapa terlalu mempercayai apa
yg tertulis pada akhbar tetapi sering

mempersoalkan apa yg
tercatat didalam Al-Quran...


> Mengapa kita tidak boleh memikirkan
sesuatu yg boleh kita ucapkan ketika berdoa

sedangkan kita tidak mempunyai sebarang
kepayahan utk memikirkan ttg apa yg ingin

diperkatakan kepada kawan....

> Mengapa kita merasakan terlalu lama
ketika berada di masjid walaupun hanya

dengan beberapa jam tetapi terasa begitu
singkat waktu yg dihabiskan utk menonton

wayang....

> Kenapa penonton sering memilih utk
mendapatkan tempat duduk hadapan ketika berada

di konsert atau perlawanan tetapi memilih
utk duduk di belakang ketika berada di masjid...


> Rm10 kelihatan begitu besar apabila kita
menyumbang utk tabung di masjid tetapi dirasakan

begitu kecil utk digunakan di kedai runcit..

> Terasa begitu lama utk kita memperhambakan
diri kepada-Nya walaupun utk setengah jam..

tetapi ternyata begitu cepat utk kita bermain
bolasepak selama 90minit atau bermain

playstation....

> Mengapa terlalu sukar utk kita memahami
Al-Quran,mempunyai kefahaman yg cukup utk

memberitahu orang lain tetapi betapa mudahnya
utk kita memahami dan mengulangi gosip.....


> Mengapa diperlukan 2-3 minggu utk
menyelitkan aktiviti kerohanian dalam jadual harian

sedangkan kita mampu menyelitkan pelbagai
aktiviti hiburan biarpun disaat-saat akhir....


> Terlalu sukarkah utk kita mengingati sebaris
dua ayat Al-Quran sedangkan kita mampu

utk menghafal lirik lagu dengan waktu yg singkat....

> Seringkali kita menghantar beribu-ribu mesej
jenaka menerusi emel dan ianya berkembang

dengan waktu yg singkat tetapi disaat kita
ingin menyampaikan mesej yg berunsurkan

kerohanian,kita sering berfikir 2 kali utk melakukannya....

> Mengapa perlu dijadikan cara hidup
berpaksikan ikon terkini dan bukannya berpaling

terhadap sunnah junjungan
kita Nabi Muhammad S.A.W..................

1 0t0men FIRE!!:

@ien_R@z said...

i like it dear!!

sangat betul.. ^__^