Hidup Kerana CINTA

KITA HIDUP ATAS DASAR CINTA

CINTA ADALAH MEMBERI APA ADANYA,DENGAN SEGALA DAYANYA.WALAU BAGAIMANA SEKALIPUN KETERBATASANNYA,SEBOLEHNYA SEORANG PENCINTA MAHU MEMBERIKAN APA SAJA YANG MAMPU MENYENANGKAN ORANG YANG DICINTAINYA.BUKANLAH BATASAN CINTA YANG DIHARAPKAN OLEH SEORANG PENCINTA SEJATI,WALAUPUN ITU MENJADI SESUATU YANG MELEGAKANNYA.BAGI PENCINTA SEJATI,SENYUM DAN KEBAHAGIAAN ORANG YANG DICINTAINYA
ITULAH YANG MENJADI MATLAMATNYA.CINTA ADALAH MENCERIAKAN SEPERTI BUNGA-BUNGA INDAH DITAMAN YANG MEMBAWA KESEGARAN BAGI YANG MEMANDANGNYA.SEPERTI RUMPUT-RUMPUT HIJAU DIPADANG NAN LUAS YANG KEHADIRANNYA MENYEGAR DAN MENYEJUKKAN PERASAAN.SEPERTI TABURAN
PASIR DIPANTAI YANG MEMBERI KEHANGATAN SEIRING TIUPAN ANGIN YANG MENAWARKAN KEDINGINAN.
DAN SEPERTI KEINDAHAN SELURUH ALAM YANG MENGHADIRKAN KEKAGUMAN TERHADAPNYA.CINTA ADALAH BERKORBAN.BAGAI LILIN YANG MEMBAKAR DIRI MEMBERI CAHAYA MENERANGI KEGELAPAN.BAGAI MENTARI MESKI TERKADANG DIKELUHKAN KERANA TERIKNYA,NAMUN SENTIASA MEMANCARKAN CAHAYA KE SERATA ALAM.SEMUA KISAH BESAR DUNIA,BERAWAL DARI CINTA.MAHA PENCIPTA MENCIPTAKAN MAKHLUK BERNAMA MANUSIA INI PUN KERANA CINTA.CINTA JUGA IBARAT HAYUNAN KAKI MELANGKAH YANG MEMBINA LAUTAN KEBAIKAN.CINTA ADALAH TANGAN-TANGAN YANG MENEBAR HAMPARAN PERMAIDANI KASIH SAYANG.CINTA ADALAH HATI YANG SELALU BERHARAP DAN MEWUJUDKAN DUNIA DAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK.CINTA SELALU BERKEMBANG,IA SEPERTI UDARA YANG MENGISI RUANG YANG KOSONG.CINTA JUGA SEPERTI AIR YANG MENGALIR KE DATARAN YANG LEBIH RENDAH.ADA SESUATU YANG BOLEH KITA AKUI BERSAMA
TENTANG CINTA-YAKNI CINTA AKAN MEMBAWA SESUATU MENJADI LEBIH BAIK,MEMBAWA KITA UNTUK BERBUAT LEBIH SEMPURNA.MENGAJAR KITA BETAPA BESARNYA KEKUATAN YANG DIHASILKANNYA.CINTA MEMBUAT DUNIA YANG PENAT DAN BISING INI TERASA INDAH.CINTA MENGAJAR KITA BAGAIMANA HARUS
BERLAKU JUJUR DAN BERKORBAN,BERJUANG DAN MENERIMA,MEMBERI DAN MEMPERTAHANKANNYA.

CINTA TAK PERNAH MATI.........CINTA-SIAPAKAH YANG MAMPU MENAFSIRKANNYA,SIAPAKAH YANG MAMPU MENGHURAIKANNYA.WALAU ATAS DASAR APA SEKALIPUN,WALAU CINTA YANG JENIS MACAM MANA
SEKALIPUN ,BELUM ADA SEBENAR-BENAR HURAIAN YANG MAMPU DIGARAP.HIDUP ATAS DASAR CINTA,KEHIDUPAN ITU JUGA HIDUP KERANA CINTA.CINTA BUKAN SAJA ADA SERIBU ATAU SEJUTA RASA,MALAH MENGANDUNGI RASA TAK PERNAH TERFIKIRKAN DI ALAM FANA INI.SEBILANGAN KITA,HANYA TAHU MENYEBUT CINTA TETAPI BUTA DALAM MENGHURAI MAKNANYA.SESETENGAH KITA HANYA PANDAI MENYEBUT CINTA ITU BUTA,TETAPI DIRI SENDIRI BUTA DALAM MEMAKNAI CINTA.
SEGELINTIR KITA HANYA MAMPU MENGUNGKAP MADAH CINTA NAN BERBUNGA,TAPI DIRI SENDIRI MISKIN KASIH SAYANG.....

MESTIKAH CINTA DICARI???KALAU BEGITU,DIMANA KITA MAHU MENCARINYA??PATUTKAH DIBIAR SAJA CINTA ITU DATANG SENDIRI??JIKA BEGITU,PASTIKAH KITA MEMANG IA AKAN HADIR MENGHAMPIRI???
SEGALA RASA CINTA ADA DALAM DIRI...KECUALI BAGI YANG JIWANYA TELAH MATI.......
SEORANG KEKASIH AKAN HADIR DALAM KEHIDUPAN KITA.JANGANLAH SALING MENYAKITI KERANA SEORANG KEKASIH ADALAH TUMPUAN SEGALA RASA SUKA DAN DUKA.KITA SEMUA PATUT MENERIMA DAN TUHAN YANG MENENTUKANNYA...................................

0 0t0men FIRE!!: