Abah saya.




Abah saya yang penyayang.
Masih tersenyum biarpun di selubungi kedukaan.
Bibirnya mengukir senyum pengubat
kerinduan.Masih tersenyum biarpun si isteri
pergi menemui Tuhan.

Abah saya.
Yang saya sayang.
Yang bertahan tika suasana mulai suram.
Pagi menginjak malam.
Matanya kekal memberi tumpuan.
Menghadap kekotak pc menyiapkan tugasan.
Berdepan customer pelbagai ragam.


Abah saya yang saya sayang.
Yang pertama kalinya saya lihat
ada mutiara jatuh bertitisan.
Tubir matanya merah menahan getaran.
Dada sebak,sayu tak pernah diungkapkan.
PERCAYALAH ABAH,saya tahu ABAH kesedihan.

Abah yang saya sayang.
Yang pernah saya rangkul pelukan erat tak mahu dilepaskan
Yang saya sering ikuti segala arahan.
Yang tak pernah juga saya sangkalkan.
Itulah ABAH yang saya sayang.

Biarpun sunyi ibuku diambil Tuhan.
Saya punyai insan penyayang.
Saya sayang abah dulu sampai sekarang.
Takkan terluput dari hati dan diingatan.
Seperti umi yang saya lakukan.
Dibekalkan surah dan alunan zikir amalan.
Saya mendoakan abah sihat kesihatan.

Abah yang saya sayang.
Biarpun cita saya terpaksa dipendamkan.
Saya masih tak ralat untuk menyangkalkan arahan.
Lalu tugas umi saya pikulkan.
Saya tak letih,saya tak terbeban.
Inilah peluang saya berkhidmat untuk
khidupan abah yang saya sayang......


ABAH,SAYA SAYANG ABAH BIARPUN BAGAIMANA
ABAH DIMATA ORANG LAIN.
ABAH PERMATA DIHATI KAMI.
ABAH SEGALANYA-GALANYA UNTUK KAMI.
ABAH LAH IBU,ABALAH AYAH.
SAYANG ABAH










3 0t0men FIRE!!:

Puteri Iqa Izyan said...

abah mu eh?
aku pun abah aku =)

Rara Farah said...

tiru lettew...hahaha

AzwanRamli said...

Erm...hargailah selagi mereka masih hidup.Yang pergi usah ditangisi,kuntum doa amat ditanggisi.