Cream Puff Spesel Mekrah


First time buat.Nie je yang tinggal.Yang
lain semua dah selamat masuk perut.

Hadoiii tajuk entry.Macam meletops aje.
Since sekarang nie memasak menjadi rutin harian aku,
aku jadi terlebih rajin nak eksplorasi resepi-resepi baru.
Beli majalah masakan,gogel menggogel resepi.Semua nak belajar.
Buat bekal untuk bakal imam.Cenggituuuu

Takdelah.Aku suka memasak sebenarnya.Walaupun aku mengaku,
tak terer bahagian rasa merasa ni,tapi still aku cuba buat yang terbaik.
Resepi Cream Puff ni jugak aku ambil dari internet.Suka sangat 
makan kuih ni,nak beli macam tak kena je sebab nak membuatnya
sangat la senang.Ringkas tapi sedap gitu.Resepi asal bersoskan kastard,
tapi since aku suka makan sos kastard berjagung,aku tambah jagung tin
dalam sos dia tu.Sangat memikat hati.Terai lah yek.

Before adding the eggs.Nampak macam sikit,
tapi untuk adunan ni,kalau buat saiz comel,boleh banyak.

Resepi boleh tengok SINI ye.Memang original resepi-resepi orang lain 
diambil dari sini.Cuma atas orang,mungkin ada yang ubah sikit komposisi
bahan-bahan tu.Tapi aku guna sukatan sama macam resepi ni.Tak ubah sikit 
pun.And untuk pengetahuan,resepi sos dia tu bagi aku cukup PERFECT
sebab manisnya,lemaknya betul-betul kena.Tak manis sangat,tak lemak sangat.
JUST NICE gitu.

Kastard Jagung.Nampak pekat sebab overdose tepung
kastard.Second time buat better dari ni.Untuk kurangkan
kepekatan,just kurangkan kuantiti tepung kastard tu deh.

Fresh from the oven.Bytheway,kalau korang nak warna 
yang mengancam sikit,korang bakar puff nie lama sikit.1st try 
bakar suhu yang dia bagi.Around 30 minit gitu je.2nd try
aku up 10 minit cenggitu bagi warna koko sikit.Jangan
risau kalau lepas bakar,dia jadi garing terlajak.Once dah
sejuk,dia jadi gebu balik.Terai yek jangan tak terai.

CANTIK BENOR GHUPE PUFF NI.MAIN BENTUK
PAKAI PLASTIC BAG AJE.PIPING BAG TAKDE.

Menghepikan Member Itu Best

Update...update..
Lama biarkan blog ni sendiri tanpa update.Bukan sengaja tapi terpaksa.
Melalui saat-saat sukar ketiadaan internet.Ada tab pun bukan suka sangat pakai.
Susah bebenor nak taip.Typo aje jari ni yang menekan butang itu ini.
Banyak benda yang berlaku.Tak tahu la mana satu nak dicerita dulu.
Yang suka yang duka.Semua ada.Yang latest cerita pasal benda ni.
Pouch hardisk.Ekceli aku tak reti nak buat shape kotak
macam ni.Tapi bila menggatal sangat nak buat,kot celah mana pun eden torai aje.
Selagi tak buat,tak tahu kemampuan diri camner.Kebetulan pulak tengah 
meminjam hardisk member sorang ni.Ada can la nak mengetest kejap.
Buat kotak ni latar warna biru,bahagian lining dalam warna hitam.
Both warna gelap,so nanti kalau kotor tak nampak ketara sangat.Then 
design muslimah tu aku tak kopi kat mana-mana crafter felt.Aku terjumpa
satu doodle siapa tah yang buat sebab takde signature tapi memang 
kiut sangat.Awalnya nak buat owl,tapi macam familiar sangat kan.
Lama jugak aku tenung doodle tu memikiokan cara nak transformasi ke bentuk felt.
Isian felt muslimah ni aku tak guna fiber.Aku just kebas span 
lembut yang biasa orang guna untuk wrap gabus
hantaran kahwin tu.Banyak lebih kat umah.Guna span sebab bentuk 
dia cantik dan kemas sikit berbanding letak fiber dia over kembung nanti.

Nak cantum satu-satu bahagian berpeluh eden.Pastikan doodle 
tu siap dulu nanti just jelujur je kat bahagian depan.
Bahagian belakang depend la nak letak nama ke idak.Since yang 
ni gift,aku letak je nama cik member.Warna pilih 
yang senada dengan doodle baru kiut.Dah siap letak doodle,
nama,butang-butang tu semua,jahit la sampai habis.
Siyes memang yang ni comot sungguh.Aku tak reti nak cantum 
yang corner-corner tu.Main cincai boncai je.Guna pulak
benang putih,memang ketara la nampaknya.Tapi 1st try jadi 
camni pun aku puashati.Siap aku bagi phone strap sedondon 
lagi untuk pouch ni.Harap suka la yek cik member.

Niat lama dah nak bagi.Hari tu kirim beli necklace lovey dovey,
dia tak ambil pun duit time aku nak bayar.Ni je yang 
mampu aku bagi.At least suka aje tengok member hepi eksaited macam ni.
Happy Day gittu..

Another Side

  
Banyak benda yang terjadi.
Yang diri sendiri tak ingini.
Kadang nak kata pada hati.
Cukuplah bersabar untuk kali ini
Sungguh yang teruji tak sedaya kecekalan hati.

Namun lemah bibir menutur
Tak sama kudrat diatur
Di bilang tak daya
Hari-hari masih berdepan detik yg sama
Lalu celah mana kurangnya daya.
 
Tuhan memberikan peluang
Peluang aku membahagiakan insan yg disayang
Walau bahagia itu menyisihkan aku ke belakang
Sesekali,cubalah pandang
 
Bila ada membuatku sedih
Pasti datang rasa perih
 
Yang teringat cumalah ibu
Berharap dapat ku pinjam bahu
 

Men'DONAT' Day

               

Olla people.Mood rajin nak update blog.
Sejak minggu lepas lagi rancang nak up entry dohnat ni,tapi
kerap tertangguh.Tak sempat masa la.Suri rumahtangga sepenuh
masa la katakan.Ehehe*

Alkisah mendonat ni memang tak terancang.Gara-gara akak
aku yang banyak songeh mintak itu ini.Tau la tengah berpantang.
And YES,dia berpantang,makan minum aku yang jaga.Belajar
untuk bekalan masa hadapan.Tak gitu nok?Tapi bab mendonat ni
sungguh aku tak reti.Pernah la tengok orang buat,tapi sendiri buat masih
tak berani.Kotnye tak jadi,jadi benda lain tak ke naya.Namun,naluri
nak mengTRY menguasai diri buat aku jadi berani.Uh,skemanya ayat.

Sebelum buat aku google lah dulu basic buat donat.Takut ada yang buat 
lain dari yang lain.Puas google,akhirnya resepi dari Blog Life Is Colorful ni.
Cuma ada sikit yang ubah dari resepi asal.Ikut suka hati kome la yep.
Best jugak eh main uli-uli ni.Lembik sejuk-sejuk je ghasenye.


Ghupe donat yang dah siap bentuk.Sori,bentuk terlebih kiut
sebab kite orang buat ala kadar.Pakai bentuk guna jari je.Aku sebut kite 
orang sebab abang sulung dengan anak saudara aku sibuk nak buat jugak.
Kalau nampak bentuk yang feliks-feliks tu sila abaikan yep.

Banyak jugak la yang aku dapat dari adunan kurang 1kg ni.Dalam 50 biji.
Tapi saiz kiut-kiut la.Tak besar tak kecik.Ngam-ngam aje.Dah siap bentuk,
aku goreng sekejap.Ala-ala nak buat donat segera tu.


Yang dah siap digoreng.Gebu Membu.
Penuh satu tupperware ni donat hasil ulian aku.Hehe*
Puas hati sebab masa ni donat tu ibaratnya menjadi la.Gebu,then
rasa dia pun ok kalau makan tanpa gula.Cukup lemak la.
Cuma silapnya aku,lepas goreng tu,tunggu sejuk,aku letak dalam
peti sejuk beku yang besar tu.Keras sungguh time nak goreng untuk 
bekfes.Jadi ke liat pulak donat tu.Aduyai.Takpelah,1st try.Nanti
buat sekali lagi dah boleh elak benda camtu berulang.

Next time nak buat MINI CUPCAKE.
Cuma bizi sikit,tak sempat nak beli barang.Kalau
dah buat tu surely will update kat blog. =)

Pengakhiran Bahagia Kamu Dan Dia

         

15 MEI 2013

Another 2 day before the big suprise.Kejutan yang entah 
bagaimana aku nak gambar dengan kata.Walhal kisah aku 
dan dia berakhir sudah terlalu lama.Walaupun akhirnya ia kerana 
mengikut kehendak orang tua.Itu keutamaan bagi aku.Maaf kerana 
melukai hati mu wahai lelaki.

Menjelang majlis,kiriman SMS aku terima dari insan yang merobek 
hati aku.Melukakan aku dengan kata nista.Tunangan
lelaki yang pernah aku sayangi.Yang ku kira dia sebagai adik ku 
sendiri dari usianya yang masih muda remaja.Yang juga bakal
bergelak ZAUJAH yang ku harapkan solehah umpama Saidatina Aisyah.
Bersungguh benar permohonan maaf yang aku terima,dan
balasannya aku redha untuk memaafkan.Ia perkara lama,perkara 
yang buat aku kembali ke alam nyata.Kembali menyintai DIA satu-satunya.

 ' Awak,saya maafkan awak.Saya maafkan tiap kata nista yang awak 
ungkapkan.Tiap cercaan yang diberi,tiap kata-kata
yang buat saya menangis sendiri.Titisan airmata ini bererti.
Dari situ saya mencari ketenangan abadi,kembali pada pencipta diri.
Terlalu lama saya memendam,semakin dipendam semakin makan dalam.
Biarlah diberi ikhlas kemaafan.Itu pengubat hati penuh keindahan. 
 

SINGKAPAN KENANGAN YANG MASIH AKU PEGANG

Andainya dia terbaca titipan ini ' Ye,benar.Jodoh itu ketentuan dia.
Dan seharusnya saya suka.Suka bila mana yang disayang diulit kebahagiaan.
Perpisahan kita bukan pengakhiran,tapi permulaan untuk kehidupan yang tak 
pernah kita dugakan.Seperti mana saya ikhlaskan hati melihat awak dan
dia,seperti itu juga saya ingin awak ikhlaskan hati awak untuk melupakan saya.
Dia pilihan yang Allah bagi untuk dijadikan amanah awak.Ada kebaikan 
yang terselindung,yang mungkin tak pernah awak cuba nak renung.5tahun 
tempoh yang lama namun belum cukup untuk menahan takdir Allah '.

Selamat Pengantin Baru Awak Dan Dia
17 MEI 2013

I BELIEVE I CAN FLY
I BELIEVE I TOUCH THE SKY

Baby Yang Tak Berapa Nak Baru

Hello People
Sorry sebab ke'lazy'an mengupdate blog.Serius cakap,
mood cincai je kebelakangan ni since my sister yang sorang tu 
dah memberanakkan another anak sedara.Yang nie lelaki yep tapi
ghasenye kalau korang tengok gambar sure cakap perempuan sebab 
he toOoooOoOOoo GEBU lah.Saling tak tumpah macam Si Alya 
the first anak sedara.For sure la GEBU MEMBU sebab ade kacukan
siam belah papa dye.
INI ALYA TIME KECIK

INI ALYA DAH BESAR SIKIT

Si Alya nie memang dah penah jaga since dye baby lagi.Tapi
masa tu arwah umi ada lagik.Belajar basic jela.But then bila Alya 
mencecah 7bulan,arwah kembali ke rahmatullah.So,yang menyambung 
tugas jaga jaga budak kecik ni beralih pada HAMBA LER.Penat,tapi
tugas yang membantu sebenarnya.Persediaan menghadapi masa depan.

And then,pabila datang insan lain ke dunia,tugas ini kembali 
ke tangan.Sama seperti arwah umi dulu.Letih,penat,lelah,lenguh macam
-macam ada.Rasa macam aku pulak yang memberanakkan Si Aqil ni.


AQILE TUM..HEHE*




















Crafting Lovin

          
Hello peeps!!

Rajin je mengapdet blog.Starting nak susun schedule ni.
Quite busy with mendalah kraf ni.Bukan addicted sangat pun tapi
having fun buat something cute ni.Toksah nak bajet tokey sangatlah.
I'm doing dis thing just for fun.And bila someone do appreciate ur
talent,ask you for simple things,i do accept it.Bukan susah pun nak
buat things yang kita selesa buat.Lagi-lagi itu yang membuatkan orang
yang kita sayang tersenyum lebar.Manis ghupenye!!!!
 
Baru je menyiapkan pesanan pemilik BLOG PINKY ni.Giler sangat kaler
pink.Semua nak pink.Yang direquest just simple LOVEY.Main lep lep ni
agak feminin and girly gitu.Ambil masa yang agak lama jugak nak design
case simple but still cute and girly.Lastly come up with this design.Yuhuuu...


Alolo tomey.=.='
 
Love besar tu rancangnya nk sumbat fiber kasi kembung but then 
tengok macam feliks sangat aje gayenya.Hewhew*Keluarkan balik then
stitch macam biasa je.Cuma tambah little flower dengan warna pastel yellow 
kasi kontras sket dengan bright pink tu.Base case buat guna warna baby pink yang
sangat sangat sangattt baby.Then hand sew the name tu using the thick black thread.
Suka sulam sebab ghase tahan lame berbanding gam je initial tu.Then letak swirl sket,
pakai benang putih.Way more gojessssss...

The BACK VIEW


 Always need some lovey dovey.Hehe*
Simple yet still gojes.Syok sendiri lagi.

Stop here.Doing some more hp case for lovely friend.
Happy Crafting Eberibadi!!!

Berkraf Dengan Kasih Sayang

                                                                  
                                      HELLO PEEPS.Mood nak update blog memanggil-manggil
bulan ni.Tak tahu apa punca.Agaknya kesedaran kot untuk bagi lebih
perhatian dan kasih sayang kat blog comel ni.Comel dari tuan dia.
Itu fakta neh,bukan auta.

Lepas up entry berjimba-jimba kat TTI itu hari,minggu-minggu yang sudah
dah start habit baru.Ha..jangan tak tahu.Aku duduk kat rumah tu kadang
mai jugak rasa bosan tahan gaban.Habis geledah barang-barang lama.
And jadilah hobi menyulam tangan.Korang tau kain perca yang sisa arwah umi
aku gunting untuk buat baju sekolah tu,aku ambik then aku sulan nama
kawan-kawan aku.Menyulam ni senang ler kalu pakai mesin,dah kudrat aku
harapkan tangan 2 belah ni je.Bagi aku baru ade nilai kasih sayang if sulam
dengan jari jemari montel ni even tak sekemas dan secantik pakai mesin.

Disebabkan oleh fakta itulah,maka dengan baik hatinya kakak tersayang beli
kain felt,sekali dengan benang,jarum dan yang penting isian fiber.Dia suruh
aku melampiaskan(ecece ayat) tabiat sulam aku tuh untuk something yang kiut,
yang boleh guna,boleh buat duit(itu aku tak pernah fikir).1st time jahit mendalah
felt tu,sekali mai rasa failed.Bughuk benor jahitannya.Aku ghase nak fengsan pun 
ada.Then bila start GOOGLE,tergugat iman ni tengok orang wat cantik-cantik je.
 BUGHUK!!.NI IDEANYA NAK BUAT TOTORO
TAH JADI ALIEN GAMOKNYE.(abaikan pitis tu yek)

Yang kite punya macam tah hape-hape tah.So,kite buat dan buat lagi sampailah jadi....

CAMNI
HP CASE AKU SEKARANG.
USAHA TANGGA KEJAYAAN.

Biasa-biasa felt orang buat keychain.Aku ni bukanlah penyabor benor
nak gunting yang kecik-kecik tu lain ler kalau pakai mesin potong tu.
So,bahagian keychain terhad sangat kalau ada pun 5,6 jenis je.Yang aku gilakan
adalah mendalah HP CASE ni.Start dari aku buat si mata bulat ni,member-member
duduk PM suruh buatkan untuk dyeorang.Kalau dah ada kasih dan sayang,semua
ku turutkan.Hehe*Here comes another one.Plushies untuk super semek =)

YANG WARNA KUNING TU YEP.AWAL-AWAL
LAGI SEMEK TU DAH JADIKAN PLUSHIES TU 
HARTA DYE.SILE ABAIKAN SEPARUH BADAN MR.
BEAN YANG TAK TAKDE ISI TU.YANG TU BENDA 
YANG PALING DYE SAYANG. =.=

UPDATE LATER......