skip to main |
skip to sidebar
Pengakhiran Bahagia Kamu Dan Dia
15 MEI 2013
Another 2 day before the big suprise.Kejutan yang entah
bagaimana aku nak gambar dengan kata.Walhal kisah aku
dan dia berakhir sudah terlalu lama.Walaupun akhirnya ia kerana
mengikut kehendak orang tua.Itu keutamaan bagi aku.Maaf kerana
melukai hati mu wahai lelaki.
Menjelang majlis,kiriman SMS aku terima dari insan yang merobek
hati aku.Melukakan aku dengan kata nista.Tunangan
lelaki yang pernah aku sayangi.Yang ku kira dia sebagai adik ku
sendiri dari usianya yang masih muda remaja.Yang juga bakal
bergelak ZAUJAH yang ku harapkan solehah umpama Saidatina Aisyah.
Bersungguh benar permohonan maaf yang aku terima,dan
balasannya aku redha untuk memaafkan.Ia perkara lama,perkara
yang buat aku kembali ke alam nyata.Kembali menyintai DIA satu-satunya.
' Awak,saya maafkan awak.Saya maafkan tiap kata nista yang awak
ungkapkan.Tiap cercaan yang diberi,tiap kata-kata
yang buat saya menangis sendiri.Titisan airmata ini bererti.
Dari situ saya mencari ketenangan abadi,kembali pada pencipta diri.
Terlalu lama saya memendam,semakin dipendam semakin makan dalam.
Biarlah diberi ikhlas kemaafan.Itu pengubat hati penuh keindahan.
SINGKAPAN KENANGAN YANG MASIH AKU PEGANG
Andainya dia terbaca titipan ini ' Ye,benar.Jodoh itu ketentuan dia.
Dan seharusnya saya suka.Suka bila mana yang disayang diulit kebahagiaan.
Perpisahan kita bukan pengakhiran,tapi permulaan untuk kehidupan yang tak
pernah kita dugakan.Seperti mana saya ikhlaskan hati melihat awak dan
dia,seperti itu juga saya ingin awak ikhlaskan hati awak untuk melupakan saya.
Dia pilihan yang Allah bagi untuk dijadikan amanah awak.Ada kebaikan
yang terselindung,yang mungkin tak pernah awak cuba nak renung.5tahun
tempoh yang lama namun belum cukup untuk menahan takdir Allah '.
Selamat Pengantin Baru Awak Dan Dia
17 MEI 2013
I BELIEVE I CAN FLY
I BELIEVE I TOUCH THE SKY
0 0t0men FIRE!!:
Post a Comment