Men'DONAT' Day

               

Olla people.Mood rajin nak update blog.
Sejak minggu lepas lagi rancang nak up entry dohnat ni,tapi
kerap tertangguh.Tak sempat masa la.Suri rumahtangga sepenuh
masa la katakan.Ehehe*

Alkisah mendonat ni memang tak terancang.Gara-gara akak
aku yang banyak songeh mintak itu ini.Tau la tengah berpantang.
And YES,dia berpantang,makan minum aku yang jaga.Belajar
untuk bekalan masa hadapan.Tak gitu nok?Tapi bab mendonat ni
sungguh aku tak reti.Pernah la tengok orang buat,tapi sendiri buat masih
tak berani.Kotnye tak jadi,jadi benda lain tak ke naya.Namun,naluri
nak mengTRY menguasai diri buat aku jadi berani.Uh,skemanya ayat.

Sebelum buat aku google lah dulu basic buat donat.Takut ada yang buat 
lain dari yang lain.Puas google,akhirnya resepi dari Blog Life Is Colorful ni.
Cuma ada sikit yang ubah dari resepi asal.Ikut suka hati kome la yep.
Best jugak eh main uli-uli ni.Lembik sejuk-sejuk je ghasenye.


Ghupe donat yang dah siap bentuk.Sori,bentuk terlebih kiut
sebab kite orang buat ala kadar.Pakai bentuk guna jari je.Aku sebut kite 
orang sebab abang sulung dengan anak saudara aku sibuk nak buat jugak.
Kalau nampak bentuk yang feliks-feliks tu sila abaikan yep.

Banyak jugak la yang aku dapat dari adunan kurang 1kg ni.Dalam 50 biji.
Tapi saiz kiut-kiut la.Tak besar tak kecik.Ngam-ngam aje.Dah siap bentuk,
aku goreng sekejap.Ala-ala nak buat donat segera tu.


Yang dah siap digoreng.Gebu Membu.
Penuh satu tupperware ni donat hasil ulian aku.Hehe*
Puas hati sebab masa ni donat tu ibaratnya menjadi la.Gebu,then
rasa dia pun ok kalau makan tanpa gula.Cukup lemak la.
Cuma silapnya aku,lepas goreng tu,tunggu sejuk,aku letak dalam
peti sejuk beku yang besar tu.Keras sungguh time nak goreng untuk 
bekfes.Jadi ke liat pulak donat tu.Aduyai.Takpelah,1st try.Nanti
buat sekali lagi dah boleh elak benda camtu berulang.

Next time nak buat MINI CUPCAKE.
Cuma bizi sikit,tak sempat nak beli barang.Kalau
dah buat tu surely will update kat blog. =)

Pengakhiran Bahagia Kamu Dan Dia

         

15 MEI 2013

Another 2 day before the big suprise.Kejutan yang entah 
bagaimana aku nak gambar dengan kata.Walhal kisah aku 
dan dia berakhir sudah terlalu lama.Walaupun akhirnya ia kerana 
mengikut kehendak orang tua.Itu keutamaan bagi aku.Maaf kerana 
melukai hati mu wahai lelaki.

Menjelang majlis,kiriman SMS aku terima dari insan yang merobek 
hati aku.Melukakan aku dengan kata nista.Tunangan
lelaki yang pernah aku sayangi.Yang ku kira dia sebagai adik ku 
sendiri dari usianya yang masih muda remaja.Yang juga bakal
bergelak ZAUJAH yang ku harapkan solehah umpama Saidatina Aisyah.
Bersungguh benar permohonan maaf yang aku terima,dan
balasannya aku redha untuk memaafkan.Ia perkara lama,perkara 
yang buat aku kembali ke alam nyata.Kembali menyintai DIA satu-satunya.

 ' Awak,saya maafkan awak.Saya maafkan tiap kata nista yang awak 
ungkapkan.Tiap cercaan yang diberi,tiap kata-kata
yang buat saya menangis sendiri.Titisan airmata ini bererti.
Dari situ saya mencari ketenangan abadi,kembali pada pencipta diri.
Terlalu lama saya memendam,semakin dipendam semakin makan dalam.
Biarlah diberi ikhlas kemaafan.Itu pengubat hati penuh keindahan. 
 

SINGKAPAN KENANGAN YANG MASIH AKU PEGANG

Andainya dia terbaca titipan ini ' Ye,benar.Jodoh itu ketentuan dia.
Dan seharusnya saya suka.Suka bila mana yang disayang diulit kebahagiaan.
Perpisahan kita bukan pengakhiran,tapi permulaan untuk kehidupan yang tak 
pernah kita dugakan.Seperti mana saya ikhlaskan hati melihat awak dan
dia,seperti itu juga saya ingin awak ikhlaskan hati awak untuk melupakan saya.
Dia pilihan yang Allah bagi untuk dijadikan amanah awak.Ada kebaikan 
yang terselindung,yang mungkin tak pernah awak cuba nak renung.5tahun 
tempoh yang lama namun belum cukup untuk menahan takdir Allah '.

Selamat Pengantin Baru Awak Dan Dia
17 MEI 2013

I BELIEVE I CAN FLY
I BELIEVE I TOUCH THE SKY

Baby Yang Tak Berapa Nak Baru

Hello People
Sorry sebab ke'lazy'an mengupdate blog.Serius cakap,
mood cincai je kebelakangan ni since my sister yang sorang tu 
dah memberanakkan another anak sedara.Yang nie lelaki yep tapi
ghasenye kalau korang tengok gambar sure cakap perempuan sebab 
he toOoooOoOOoo GEBU lah.Saling tak tumpah macam Si Alya 
the first anak sedara.For sure la GEBU MEMBU sebab ade kacukan
siam belah papa dye.
INI ALYA TIME KECIK

INI ALYA DAH BESAR SIKIT

Si Alya nie memang dah penah jaga since dye baby lagi.Tapi
masa tu arwah umi ada lagik.Belajar basic jela.But then bila Alya 
mencecah 7bulan,arwah kembali ke rahmatullah.So,yang menyambung 
tugas jaga jaga budak kecik ni beralih pada HAMBA LER.Penat,tapi
tugas yang membantu sebenarnya.Persediaan menghadapi masa depan.

And then,pabila datang insan lain ke dunia,tugas ini kembali 
ke tangan.Sama seperti arwah umi dulu.Letih,penat,lelah,lenguh macam
-macam ada.Rasa macam aku pulak yang memberanakkan Si Aqil ni.


AQILE TUM..HEHE*