2022 NEW CHAPTER

Adakah penggunaan blog masih relevan masa kini atau aku je yang masih still
posting dekat blog.Dahla blog design macam kanak-kanak riang*haha
Bytheway,aku sayang nak redesign blog ni sebab korang tak tahu betapa strugglenya
aku duk mengadap coding.Aku bukan budak media tau.Semua coding aku
research sendiri,godek sendiri,nak cantik bagai.Lani,korang tanya bab 
coding pun aku taktau nak jawap dah.So,toksah tanya la.Pi GOOGE sendiri pi.


Back to topik.2022 new chapter bagi aku sebab kejadian besar yang jadi 
pada aku.Melibatkan diri sendiri,jugak orang-orang terdekat aku.
Aku ni dah menjengah usia 30-an tau,muda lagi kan.Konon nak sedapkan
hati tu*haha.Lepas raya puasa hari tu,aku dirisik.Almost 12 tahun perkenalan
aku dengan si dia,at last datangnya permulaan kepada 1 perjalanan 
baru antara aku dengan dia.Korang mesti duk tanya-tanya kan why 12 tahun
aku sanggup tunggu.Kenapa sidia takde inisiatif nak menghalalkan 
hubungan ni.Well,nanti la aku cite bab tu.Panjang citenye noks.

Seiring perancangan kami utk majlis bahagia,perancangan 
Allah lagi berkuasa nyatanya.Ayah aku dalam diam rupanya 
menyimpan hasrat utk tamatkan zaman duda.1 situasi yg aku tak
jangka.Dulu ayah aku pernah cakap takkan ade hasrat utk cari
pengganti arwah umi,tapi itulah.Sedangkan pantai boleh berubah
apatah lagi manusia.Aku tak marah cuma aku susah nak adapt dengan 
kenyataan tu.Nak kata aku dah move on dari fakta arwah umi dah tiada pun
aku takleh nk 100% yakin.Aku still rasa arwah masih ada.*sigh
YaYaYa..Aku kena terima qada dan qadar.Aku tahu.Aku tahu.
31 JULAI lalu pun aku dah rasmi dapat mak tiri.Aku OK 
je ni.*haha.Bab majlis aku?Postponed noks.
Susah betul nak arrange majlis dengan manusia yg sibuk kalah
YB.Cuma aku harap segala yg dirancang berjalan baik.
Tarikh baru insyaAllah hujung tahun.

2020.I'm still EXIST.

Ya Tuhan.
Bertabahlah wahai pemfolo-pemfolo blog ni.
Tuan blog ni masih hidup,cuma penyakit MALAS 
kuat menguasai.Haha*

Question:

Does people still using blogger nowdays??

Tertinggal Kunci,Daku Terkunci.

Hai.Setelah lama diri ini tak berblog,kali ini kembali dengan entry
yang geli hati.Bagi diri ini geli hati lah kan sebab sendiri mendapat.
Huhu*
Nak diceritakan,aku sebenarnya baru balik beli barang dapur.
Bab barang dapur bagi aku rasa sikit punya excited la,tak tahu kenapa
mungkin sebab hobi atau kebiasaan diri ini selalu membeli kot.
Beli apa yang nak dibeli,and apa yang aku rasa nak masak atau nak makan.
Hoho*
Alkisah tertinggal kunci ini first time jadi sebenarnya walaupun aku
sejenis yang careless sikit (mengaku la kiranya ni).Sibuk sangat nak
kemas barang yang dibeli,aku terlupa yang aku sebenarnya dah cabut
kunci pada pintu bahagian luar.Pintu bilik aku pulak very the classic sangat
yakni pintu yang tiada door knob,yang ada cuma lubang nak masukkan kunci.
So,masa nak keluar tu,aku tanpa sengaja tertinggal kunci tu atas katil.
Yang aku ni pulak,langsung tak sedar bab kunci tu.Dalam kepala sibuk 
duk fikir nak makan ayam kunyit lah,tumis sardin lah.
Sehinggalah..................
Aku tersedar kunci aku takde dengan aku time aku sibuk duk 
menyiang ikan.Nasib tak lunyai ikan tu..Biasa kalau aku keluar bilik
wajib 2 benda ni ada berdekatan,fon dengan kunci bilik.Gelabah mak 
nenek bukan main lah.Nak marah orang tapi salah sendiri sebab cuai sangat.
Mendapat la ko tak dapat masuk bilik.Lagi best,kunci spare semua dalam
bilik jugak.Haha*Gelak kat diri sendiri. sambil kesat hingus dan airmata.LOL.
 
Aku stop masak,ikan ke apa ke semua letak tepi.Dalam kepala fikir nak masuk
bilik oii.Gelisah meresah.Aku malu nak minta tolong abang aku.(Pemalu sangat
orangnya).Last aku ikhtiar sendiri.Dari gunting,besi,screw driver semua tak
jalan.Mati kutu sungguh saat tu.Usaha akhir aku pakai sudu besi je yang 
aku beli kat kedai 2hengget (yang ni bukan auta tau).Aku cungkil tepi pintu tu.
2kali usaha baru lah terbuka pintu.Ya Allah...Lega yakmat kata kau.
Sumpah oii pasni tak nak careless dah.Kunci nak buat rantai,sangkut kat leher.
Haha*

Oh,Please Lah !!!!


Sigh* Haih.
Bytheway,i'm truly sorry for not posting aything on my blog.
Kinda busy lately.Kunun-kununnye lah kan *


Tapi almost everyday,aku terfikirkan blog ni.Sayangnya,kenapa
lah dibiar usang.Lani orang masih minat nak berblog lagi ke ek?
Macam dah suram aje.Tak semeriah dulu lagaknye.Ecece*

Actually,i'm kinda mess up.Entah kenapa mood kelaut.
Because of the stupid text thing.Entah siapa lah yang takde kerja,
suka sangat nak secret bagai.Mohon jangan annoying sangat boleh tak?
Gila benci kat orang camni.Tak kenal lagi bagus kot.
Yang pasti,dia adalah orang yang aku kenali sebab everything tentang 
aku dia tahu.IG,WECHAT,WHATSSAP,FB.Cuma blog ni je tak.Rasanyalah.
Katanya juga,habis di copy gambar sebab rindu.PSIKO ke hape nih*
Mula-mula hantar mesej ucap selamat bertunang.WATDEHEK*
Tah bila masanya aku bertunang entah.Fitnah aje khojenye.Ask nicely siapa,
dia bo layan.Ok*Ade aku kesah ko tanak layan.End kat situ.But then entah ape
hal,mesej aku lagi.Mesej pulak yang cheesy-cheesy.Ohmak,tasuke chek.
Tanya lagi baik-baik,siapa?salah nomborkah?Eh*Dia buat bo layan.Takpa-takpa*
Everything yang aku tanya semua direply dengan mesej cheesy dia tu.Naik luga aku
tau dak.Annoying giler hati ini.Memberontak sakan.Arghhhh*


Bila kita tanya baik-baik tapi tak dapat respon sebaik pertanyaan kita ni,
maka janganlah marah bila aku start jadi SINGA.Tau pulak terasa,tau pulak
jawap yang ditanya.Gamaknya memang sengaja nak kita jadi SINGA.
Yang tak menahan,siap sindir-sindir kita.Cakap kita ni bajet baik sebab
post status unsur tazkirah kat Facebook.Hamboijah*Yes,memang aku bukan
budak baik.Aku tak bajet pun aku baik.Aku tak sempurna,nak buat hal yang 
orang suka aje.But then,apa yang aku post kat FB,niat tu cuma Allah yang tahu.
So,kenapa nak pertikaikan seolah-olah aku tak layak nak buat baik,nak post 
yang baik-baik,kongsi something yang bermanfaat.Perlu ke judge aku camtu?


Benci betul bila jumpa mereka-mereka yang camni.
Oh hati,tolonglah bersabar.Jangan ler dilayan jenis-jenis yang takde 
kerja nak dibuat nie.Koho sakit hati ado satgi.At the end,aku malas 
sangat-sangat dah nak layan.Malas nak tanya,malas nak tau siapa.
Tak kenal pun takpe haih.Tak luak pun.

Kawan Macam Ini

   

Aku takkan sebut nama kau.Aku takkan tulis
siapa kau.Tapi aku hanya akan cakap,kau kawan baik aku.
Sejak sekolah rendah,sejak dulu lagi.Apa yang mereka 
khabarkan pada semua ibarat angin lalu kerana aku 
lebih percaya kau.Kerana aku sayang kau,segalanya aku 
tak ralat untuk memberi walau hati remuk sendiri,walau
dompet tak punya isi.Untuk kau wahai kawan.
 
Aku tak mengungkit,aku tak ingin nak ingat apa yang
lepas.Tapi yang lepas,bila jawapannya lengkapnya aku
tahu semalam,ia merobek perasaan.Apatah lagi,kau berdua 
insan yang aku sayang.Dulu pernah aku bertanya,seawal
aku masih dengan dia.Adakah kau juga punya rasa cinta?
Tapi jawapan tak pernah bunyi YA.Bagi kau aku 
was-was saja.Mungkin...Barangkali..Sedapkan hati..

Tapi hati tak pernah menipu.Dan takkan pandai menipu.
Jarang sekali sangkaanku palsu dan keliru.Perihal 
semalam terlihat nyata.Ya,kau dengannya.Dari dulu,hingga
kini.Mungkin kau lupa,aku pernah bertanya apa kau punya
rasa yang sama.Tapi jawapan tak pernah YA kan?
Lalu apa rasaku untuk yang tersingkap sekarang?Lega?
Duka?Kecewa?Terasa?Kau tak tahu?

Aku rasa dikhianati.Pedih hati bila ianya dari kawan sendiri.
Aku kecewa namun nak menangis aku rasa sia-sia.
Kawan,perlukah kau menutup yang benar walhal kau tahu
yang benar itu lebih baik dikhabar berbanding kau berpura.
Sakitnya lebih terasa,lebih menikam jiwa.Tahukah kau?

Aku tak tahu bagaimana nak semuka,bagaimana nak
telan semua.Sedang kau umpama tak rasa apa-apa.
Sekadar berlagak biasa saja.Apakah segalanya aku yang cipta
angkara?Aku yang salah semua.

Aku dah tak peduli lagi.Aku ingin cari bahagia sendiri.

Inner Side

  
Hai semua.Bytheway,entry ni ditaip using samsung tab 2.
Annoyed tapi nak wat cane,pc kat luar berat giler  
kot nak loading.Mau tertido dulu baru leh jenguk blog usang nie.
Ini semua P1 punye pasai..Kang tukaq pakai Yes baru tau..

Minggu ni banyak yang tak kena.Banyak yang memendam rasa,
kadang tak nak fikir pun tetap jugak terfikir.Mungkin diam tu 
lebih baik dari berkata-kata.Lagi sakit kalau bersuara tapi 
respon pun takde.Sigh.....


Projek nak buat casing tab ni pun asyik tergendala.Sorry deh
sebab casing dah jadi tah hape hape tah.Duk layan sangat 
kepala ni yang tak tahu apa yang difikir.Tapi kan..tapi kan..
i've already finished my doodle thing untuk casing ni.
Comot sikit tapi boleh la nak tayang..

Berpeluh bagai nak ke siap.Takpe,asal pueh hati.

Actually aku ada inner problem.Something tentang diri aku,aku tak 
suka nak bagitau orang apa yang terpendam kat hati aku.Susah lagi-lagi bila 
korang ada fruit heart.Tapi bila aku upset atau jauh hati,tiap apa yang aku 
buat memang korang akan terang-terang nampak yang aku sangatttt tak ok.
P/s : Aku tak reti berlakon,tak reti nak jadi plastik..

But then,bila aku upset,aku bajetlah dia treat aku nicely.Tenangkan hati aku 
ke hape,tapi still buat dunno je.Acaner tu?Kekadang sakit hati pun ado.
Kekadang rasa nak karate do pun ado.Cakap je pun,buatnya tak berani.
Ni yang jadi macam orang senget je.Tah kepala fikir hape-hape tah.
Aduyaiii...Last-last inisiatif sendiri untuk get rid perasaan hanyut tu 
buat-buat tak tahu sudoh.


UNTUK DIRI SENDIRI





























Cream Puff Spesel Mekrah


First time buat.Nie je yang tinggal.Yang
lain semua dah selamat masuk perut.

Hadoiii tajuk entry.Macam meletops aje.
Since sekarang nie memasak menjadi rutin harian aku,
aku jadi terlebih rajin nak eksplorasi resepi-resepi baru.
Beli majalah masakan,gogel menggogel resepi.Semua nak belajar.
Buat bekal untuk bakal imam.Cenggituuuu

Takdelah.Aku suka memasak sebenarnya.Walaupun aku mengaku,
tak terer bahagian rasa merasa ni,tapi still aku cuba buat yang terbaik.
Resepi Cream Puff ni jugak aku ambil dari internet.Suka sangat 
makan kuih ni,nak beli macam tak kena je sebab nak membuatnya
sangat la senang.Ringkas tapi sedap gitu.Resepi asal bersoskan kastard,
tapi since aku suka makan sos kastard berjagung,aku tambah jagung tin
dalam sos dia tu.Sangat memikat hati.Terai lah yek.

Before adding the eggs.Nampak macam sikit,
tapi untuk adunan ni,kalau buat saiz comel,boleh banyak.

Resepi boleh tengok SINI ye.Memang original resepi-resepi orang lain 
diambil dari sini.Cuma atas orang,mungkin ada yang ubah sikit komposisi
bahan-bahan tu.Tapi aku guna sukatan sama macam resepi ni.Tak ubah sikit 
pun.And untuk pengetahuan,resepi sos dia tu bagi aku cukup PERFECT
sebab manisnya,lemaknya betul-betul kena.Tak manis sangat,tak lemak sangat.
JUST NICE gitu.

Kastard Jagung.Nampak pekat sebab overdose tepung
kastard.Second time buat better dari ni.Untuk kurangkan
kepekatan,just kurangkan kuantiti tepung kastard tu deh.

Fresh from the oven.Bytheway,kalau korang nak warna 
yang mengancam sikit,korang bakar puff nie lama sikit.1st try 
bakar suhu yang dia bagi.Around 30 minit gitu je.2nd try
aku up 10 minit cenggitu bagi warna koko sikit.Jangan
risau kalau lepas bakar,dia jadi garing terlajak.Once dah
sejuk,dia jadi gebu balik.Terai yek jangan tak terai.

CANTIK BENOR GHUPE PUFF NI.MAIN BENTUK
PAKAI PLASTIC BAG AJE.PIPING BAG TAKDE.

Menghepikan Member Itu Best

Update...update..
Lama biarkan blog ni sendiri tanpa update.Bukan sengaja tapi terpaksa.
Melalui saat-saat sukar ketiadaan internet.Ada tab pun bukan suka sangat pakai.
Susah bebenor nak taip.Typo aje jari ni yang menekan butang itu ini.
Banyak benda yang berlaku.Tak tahu la mana satu nak dicerita dulu.
Yang suka yang duka.Semua ada.Yang latest cerita pasal benda ni.
Pouch hardisk.Ekceli aku tak reti nak buat shape kotak
macam ni.Tapi bila menggatal sangat nak buat,kot celah mana pun eden torai aje.
Selagi tak buat,tak tahu kemampuan diri camner.Kebetulan pulak tengah 
meminjam hardisk member sorang ni.Ada can la nak mengetest kejap.
Buat kotak ni latar warna biru,bahagian lining dalam warna hitam.
Both warna gelap,so nanti kalau kotor tak nampak ketara sangat.Then 
design muslimah tu aku tak kopi kat mana-mana crafter felt.Aku terjumpa
satu doodle siapa tah yang buat sebab takde signature tapi memang 
kiut sangat.Awalnya nak buat owl,tapi macam familiar sangat kan.
Lama jugak aku tenung doodle tu memikiokan cara nak transformasi ke bentuk felt.
Isian felt muslimah ni aku tak guna fiber.Aku just kebas span 
lembut yang biasa orang guna untuk wrap gabus
hantaran kahwin tu.Banyak lebih kat umah.Guna span sebab bentuk 
dia cantik dan kemas sikit berbanding letak fiber dia over kembung nanti.

Nak cantum satu-satu bahagian berpeluh eden.Pastikan doodle 
tu siap dulu nanti just jelujur je kat bahagian depan.
Bahagian belakang depend la nak letak nama ke idak.Since yang 
ni gift,aku letak je nama cik member.Warna pilih 
yang senada dengan doodle baru kiut.Dah siap letak doodle,
nama,butang-butang tu semua,jahit la sampai habis.
Siyes memang yang ni comot sungguh.Aku tak reti nak cantum 
yang corner-corner tu.Main cincai boncai je.Guna pulak
benang putih,memang ketara la nampaknya.Tapi 1st try jadi 
camni pun aku puashati.Siap aku bagi phone strap sedondon 
lagi untuk pouch ni.Harap suka la yek cik member.

Niat lama dah nak bagi.Hari tu kirim beli necklace lovey dovey,
dia tak ambil pun duit time aku nak bayar.Ni je yang 
mampu aku bagi.At least suka aje tengok member hepi eksaited macam ni.
Happy Day gittu..

Another Side

  
Banyak benda yang terjadi.
Yang diri sendiri tak ingini.
Kadang nak kata pada hati.
Cukuplah bersabar untuk kali ini
Sungguh yang teruji tak sedaya kecekalan hati.

Namun lemah bibir menutur
Tak sama kudrat diatur
Di bilang tak daya
Hari-hari masih berdepan detik yg sama
Lalu celah mana kurangnya daya.
 
Tuhan memberikan peluang
Peluang aku membahagiakan insan yg disayang
Walau bahagia itu menyisihkan aku ke belakang
Sesekali,cubalah pandang
 
Bila ada membuatku sedih
Pasti datang rasa perih
 
Yang teringat cumalah ibu
Berharap dapat ku pinjam bahu
 

Men'DONAT' Day

               

Olla people.Mood rajin nak update blog.
Sejak minggu lepas lagi rancang nak up entry dohnat ni,tapi
kerap tertangguh.Tak sempat masa la.Suri rumahtangga sepenuh
masa la katakan.Ehehe*

Alkisah mendonat ni memang tak terancang.Gara-gara akak
aku yang banyak songeh mintak itu ini.Tau la tengah berpantang.
And YES,dia berpantang,makan minum aku yang jaga.Belajar
untuk bekalan masa hadapan.Tak gitu nok?Tapi bab mendonat ni
sungguh aku tak reti.Pernah la tengok orang buat,tapi sendiri buat masih
tak berani.Kotnye tak jadi,jadi benda lain tak ke naya.Namun,naluri
nak mengTRY menguasai diri buat aku jadi berani.Uh,skemanya ayat.

Sebelum buat aku google lah dulu basic buat donat.Takut ada yang buat 
lain dari yang lain.Puas google,akhirnya resepi dari Blog Life Is Colorful ni.
Cuma ada sikit yang ubah dari resepi asal.Ikut suka hati kome la yep.
Best jugak eh main uli-uli ni.Lembik sejuk-sejuk je ghasenye.


Ghupe donat yang dah siap bentuk.Sori,bentuk terlebih kiut
sebab kite orang buat ala kadar.Pakai bentuk guna jari je.Aku sebut kite 
orang sebab abang sulung dengan anak saudara aku sibuk nak buat jugak.
Kalau nampak bentuk yang feliks-feliks tu sila abaikan yep.

Banyak jugak la yang aku dapat dari adunan kurang 1kg ni.Dalam 50 biji.
Tapi saiz kiut-kiut la.Tak besar tak kecik.Ngam-ngam aje.Dah siap bentuk,
aku goreng sekejap.Ala-ala nak buat donat segera tu.


Yang dah siap digoreng.Gebu Membu.
Penuh satu tupperware ni donat hasil ulian aku.Hehe*
Puas hati sebab masa ni donat tu ibaratnya menjadi la.Gebu,then
rasa dia pun ok kalau makan tanpa gula.Cukup lemak la.
Cuma silapnya aku,lepas goreng tu,tunggu sejuk,aku letak dalam
peti sejuk beku yang besar tu.Keras sungguh time nak goreng untuk 
bekfes.Jadi ke liat pulak donat tu.Aduyai.Takpelah,1st try.Nanti
buat sekali lagi dah boleh elak benda camtu berulang.

Next time nak buat MINI CUPCAKE.
Cuma bizi sikit,tak sempat nak beli barang.Kalau
dah buat tu surely will update kat blog. =)

Pengakhiran Bahagia Kamu Dan Dia

         

15 MEI 2013

Another 2 day before the big suprise.Kejutan yang entah 
bagaimana aku nak gambar dengan kata.Walhal kisah aku 
dan dia berakhir sudah terlalu lama.Walaupun akhirnya ia kerana 
mengikut kehendak orang tua.Itu keutamaan bagi aku.Maaf kerana 
melukai hati mu wahai lelaki.

Menjelang majlis,kiriman SMS aku terima dari insan yang merobek 
hati aku.Melukakan aku dengan kata nista.Tunangan
lelaki yang pernah aku sayangi.Yang ku kira dia sebagai adik ku 
sendiri dari usianya yang masih muda remaja.Yang juga bakal
bergelak ZAUJAH yang ku harapkan solehah umpama Saidatina Aisyah.
Bersungguh benar permohonan maaf yang aku terima,dan
balasannya aku redha untuk memaafkan.Ia perkara lama,perkara 
yang buat aku kembali ke alam nyata.Kembali menyintai DIA satu-satunya.

 ' Awak,saya maafkan awak.Saya maafkan tiap kata nista yang awak 
ungkapkan.Tiap cercaan yang diberi,tiap kata-kata
yang buat saya menangis sendiri.Titisan airmata ini bererti.
Dari situ saya mencari ketenangan abadi,kembali pada pencipta diri.
Terlalu lama saya memendam,semakin dipendam semakin makan dalam.
Biarlah diberi ikhlas kemaafan.Itu pengubat hati penuh keindahan. 
 

SINGKAPAN KENANGAN YANG MASIH AKU PEGANG

Andainya dia terbaca titipan ini ' Ye,benar.Jodoh itu ketentuan dia.
Dan seharusnya saya suka.Suka bila mana yang disayang diulit kebahagiaan.
Perpisahan kita bukan pengakhiran,tapi permulaan untuk kehidupan yang tak 
pernah kita dugakan.Seperti mana saya ikhlaskan hati melihat awak dan
dia,seperti itu juga saya ingin awak ikhlaskan hati awak untuk melupakan saya.
Dia pilihan yang Allah bagi untuk dijadikan amanah awak.Ada kebaikan 
yang terselindung,yang mungkin tak pernah awak cuba nak renung.5tahun 
tempoh yang lama namun belum cukup untuk menahan takdir Allah '.

Selamat Pengantin Baru Awak Dan Dia
17 MEI 2013

I BELIEVE I CAN FLY
I BELIEVE I TOUCH THE SKY

Baby Yang Tak Berapa Nak Baru

Hello People
Sorry sebab ke'lazy'an mengupdate blog.Serius cakap,
mood cincai je kebelakangan ni since my sister yang sorang tu 
dah memberanakkan another anak sedara.Yang nie lelaki yep tapi
ghasenye kalau korang tengok gambar sure cakap perempuan sebab 
he toOoooOoOOoo GEBU lah.Saling tak tumpah macam Si Alya 
the first anak sedara.For sure la GEBU MEMBU sebab ade kacukan
siam belah papa dye.
INI ALYA TIME KECIK

INI ALYA DAH BESAR SIKIT

Si Alya nie memang dah penah jaga since dye baby lagi.Tapi
masa tu arwah umi ada lagik.Belajar basic jela.But then bila Alya 
mencecah 7bulan,arwah kembali ke rahmatullah.So,yang menyambung 
tugas jaga jaga budak kecik ni beralih pada HAMBA LER.Penat,tapi
tugas yang membantu sebenarnya.Persediaan menghadapi masa depan.

And then,pabila datang insan lain ke dunia,tugas ini kembali 
ke tangan.Sama seperti arwah umi dulu.Letih,penat,lelah,lenguh macam
-macam ada.Rasa macam aku pulak yang memberanakkan Si Aqil ni.


AQILE TUM..HEHE*




















Crafting Lovin

          
Hello peeps!!

Rajin je mengapdet blog.Starting nak susun schedule ni.
Quite busy with mendalah kraf ni.Bukan addicted sangat pun tapi
having fun buat something cute ni.Toksah nak bajet tokey sangatlah.
I'm doing dis thing just for fun.And bila someone do appreciate ur
talent,ask you for simple things,i do accept it.Bukan susah pun nak
buat things yang kita selesa buat.Lagi-lagi itu yang membuatkan orang
yang kita sayang tersenyum lebar.Manis ghupenye!!!!
 
Baru je menyiapkan pesanan pemilik BLOG PINKY ni.Giler sangat kaler
pink.Semua nak pink.Yang direquest just simple LOVEY.Main lep lep ni
agak feminin and girly gitu.Ambil masa yang agak lama jugak nak design
case simple but still cute and girly.Lastly come up with this design.Yuhuuu...


Alolo tomey.=.='
 
Love besar tu rancangnya nk sumbat fiber kasi kembung but then 
tengok macam feliks sangat aje gayenya.Hewhew*Keluarkan balik then
stitch macam biasa je.Cuma tambah little flower dengan warna pastel yellow 
kasi kontras sket dengan bright pink tu.Base case buat guna warna baby pink yang
sangat sangat sangattt baby.Then hand sew the name tu using the thick black thread.
Suka sulam sebab ghase tahan lame berbanding gam je initial tu.Then letak swirl sket,
pakai benang putih.Way more gojessssss...

The BACK VIEW


 Always need some lovey dovey.Hehe*
Simple yet still gojes.Syok sendiri lagi.

Stop here.Doing some more hp case for lovely friend.
Happy Crafting Eberibadi!!!

Berkraf Dengan Kasih Sayang

                                                                  
                                      HELLO PEEPS.Mood nak update blog memanggil-manggil
bulan ni.Tak tahu apa punca.Agaknya kesedaran kot untuk bagi lebih
perhatian dan kasih sayang kat blog comel ni.Comel dari tuan dia.
Itu fakta neh,bukan auta.

Lepas up entry berjimba-jimba kat TTI itu hari,minggu-minggu yang sudah
dah start habit baru.Ha..jangan tak tahu.Aku duduk kat rumah tu kadang
mai jugak rasa bosan tahan gaban.Habis geledah barang-barang lama.
And jadilah hobi menyulam tangan.Korang tau kain perca yang sisa arwah umi
aku gunting untuk buat baju sekolah tu,aku ambik then aku sulan nama
kawan-kawan aku.Menyulam ni senang ler kalu pakai mesin,dah kudrat aku
harapkan tangan 2 belah ni je.Bagi aku baru ade nilai kasih sayang if sulam
dengan jari jemari montel ni even tak sekemas dan secantik pakai mesin.

Disebabkan oleh fakta itulah,maka dengan baik hatinya kakak tersayang beli
kain felt,sekali dengan benang,jarum dan yang penting isian fiber.Dia suruh
aku melampiaskan(ecece ayat) tabiat sulam aku tuh untuk something yang kiut,
yang boleh guna,boleh buat duit(itu aku tak pernah fikir).1st time jahit mendalah
felt tu,sekali mai rasa failed.Bughuk benor jahitannya.Aku ghase nak fengsan pun 
ada.Then bila start GOOGLE,tergugat iman ni tengok orang wat cantik-cantik je.
 BUGHUK!!.NI IDEANYA NAK BUAT TOTORO
TAH JADI ALIEN GAMOKNYE.(abaikan pitis tu yek)

Yang kite punya macam tah hape-hape tah.So,kite buat dan buat lagi sampailah jadi....

CAMNI
HP CASE AKU SEKARANG.
USAHA TANGGA KEJAYAAN.

Biasa-biasa felt orang buat keychain.Aku ni bukanlah penyabor benor
nak gunting yang kecik-kecik tu lain ler kalau pakai mesin potong tu.
So,bahagian keychain terhad sangat kalau ada pun 5,6 jenis je.Yang aku gilakan
adalah mendalah HP CASE ni.Start dari aku buat si mata bulat ni,member-member
duduk PM suruh buatkan untuk dyeorang.Kalau dah ada kasih dan sayang,semua
ku turutkan.Hehe*Here comes another one.Plushies untuk super semek =)

YANG WARNA KUNING TU YEP.AWAL-AWAL
LAGI SEMEK TU DAH JADIKAN PLUSHIES TU 
HARTA DYE.SILE ABAIKAN SEPARUH BADAN MR.
BEAN YANG TAK TAKDE ISI TU.YANG TU BENDA 
YANG PALING DYE SAYANG. =.=

UPDATE LATER......

Jimba-jimba Si Orang Muda

    

Hari ni tak seindah semalam.Itu pasti.Dunia aku dah banyak berubah
sejak hari itu.Menidakkan kelukaan dihati itu tak semudah lidah berkata-kata.
Sedang hati masih berulit bait-bait luka.Awak disana tersenyum kerana benar
gembira dan biarlah saya disini tersenyum membendung luka yang masih terasa.
 
Excited kelmarin.Berjaya jugak jejakkan kaki kat TTI tuh.Setengah jam berlama
kat situ rasa macam tak puas sangat.Begitu menyenangkan,terasa kosong tak punya
masalah.Kalau lah rezeki bertapak kat situ dengan apa-apa saja alasan,gerenti hari-hari
nak datang situ.Dalam kepala ada niat.Kalaulah bakal imam orang situ,hari-hari aku
ajak dating.Dating bukan as a couple ek tapi sebagai pasangan yang sah.Barulah masyukkk!!

GEMUK BEBENOR LER AKU NIE HA..
MAKAN APAM BANYAK SANGAT KOT. =.=

Jangan nak salah anggap lah.Tubuh sihat tak bermakna aku happy tau.Jauh sekali
aku bahagia.Even tak sebahagia orang tu,tak sebahagia orang lain,aku tetap
enjoy dengan hidup aku.At least kita appreciate hidup kita kan?Takkan untuk 1
kekecewaan aku jatuh tak bangun-bangun sedangkan dia?Dia pun dah jauh melangkah
kehadapan.Aku tak ambil kisah pun tentang dia.Biarlah.Itu aje yang mampu aku buat 
sekarang.Dan untuk hidup aku,walaupun aku tak ada ikatan seumpama dia,biarpun
tak sebahagia,sebertuah dia,aku tetap cari bahagia untuk hidup aku walau sikit.

Tak ada dah cinta biasa untuk aku.Cinta aku simpan kat hati.Bagi aku biar tak terikat
asal aku dan dia masih DEKAT.DIA?Siapa tahu DIA itu siapa.Hanya ALLAH yang tahu.


HOBI MASA LAPANG.MENCONTENG-CONTENG.
SORI,SAYA TAK EXPERT BAB-BAB LUKIS NI.NI JE
YANG MAMPU. TETTTT =.=